2 -3 hari lepas aku pi rumah member, kawasan pantai. hari mula-mula sampai letih semacam, bagi aku, udara pantai berbeza dengan darat, tubuh nak sesuai makan masa sikit. lepas makan tengah hari terus jer rebah sampai petang. malam baru rasa serasi.
lagi satu, kawasan pantai panas dia ketara, walaupun tempat ini selalu berangin. orangnya pun banyak beza, kebanyakan kulit hangus dibaham matahari khususnya nelayan.
sekarang ni musim ketam kat pantai timur, layan juga tengok nelayan naikkan makhluk berpenyepit ni dari laut. rezeki diorang lebih, bulan ni. aku suka bergaul dengan golongan pantai, diorang bercakap nampak ikhlas, tak macam orang-orang bandar/kaya.
kehidupan mereka serba ringkas: cakap ringkas, kerja ringkas, gaya ringkas, berkawan ringkas dan minum ringkas.
mungkin bulan depan, kitorang keluar pi pulau pula. round-round sana pakai bot nelayan. harap-harap jadi
Aku Kafir Ke
-
Pernah satu ketika dahulu.
Kawan rapat semasa di sekolah rendah.
Delete dari Facebook. Sebab aku like posting perihal 'Kafir'. Terkesima.
Totally. Sebab t...
6 years ago
No comments:
Post a Comment