Saturday, May 15, 2010

masalah broadband: celcom call center, operator macam budak-budak, makin kusut ada bila call

aku dah lama tak hangin dengan celcom broadband. tiba-tiba hari ini dibuatnya line 3g tak der lepas jumaat. aku suruh member aku call celcom center bagi tahu. sebab kitorang sama-sama celcom bb.

sini semua kabel tepon kena kebas, pagi tadi kampung aku ada lagi penyamun sapu kabel.tiada harapan nak pakai stremik.


dia call center, bagi tahu coverage 3g kat jeli tiada. ok operator tu cakap, kalau tiada lagi call malam ni plak.

banyak beza 3g dengan gprs atau edge. 3g macam naik keta, edge plak macam naik motor, kalu hujan kena berhenti, lagi pon moto nak laju macam mana sangat. gprs laju skit pada jalan kaki.

aku tunggu sampai pukul 11 malam, tiada lagi 3g. call center bagi tau masalah ini. nampak sangat budak-budak yang angkat. aku cakap masalah ini, molek-molek. ok dia cakap kita kena troubleshoot dulu.

aku bagi tahu dia, aku bukan duk depan pc sebab coverage celcom sini teruk. nak call pon kena naik atas tebing sikit. dia duk berkeras suruh troubleshoot juga. aku bagi tahu masalah tadi, macam tak paham budak perempuan ni.

aku dah naik angin. aku cakap bukan tak nak troubleshot tapi line celcom depan pc tak der. kalau modem boleh juga sambung2 wayar ni hepon.


kalau korang nak tau modem bb aku kat 55 meter letak dari pc. aku rasa salah sorang pengguna broadband kat malaysia yang modemnya paling jauh. bukan aku nak pon macam ni, menyusahkan ada lah. modem pon besar macam telefon rumah. tiada pilihan itu yang terbaik.

ni modem aku parking atas tebing kolam

yang jadi masalahnya, budak operater ini senyap jer bila aku bagi tau masalah ini. aku tanya dia balik ' apa jawapan awak, tak kan senyap jer' lama juga senyapnya.

dia asyik dulu ulang ayat ni: kena troubleshot dulu, baru boleh hantar budak teknikal kat sini cek 3g. aku dah nak muntah bab-bab troubleshooting modem dari kecil-kecil modem sampai lah bapak modem aku pakai sekarang. kalau boleh sekarang, aku nak yang pakai cucuk terus jalan kan senang.

aku pon cakap bukan saya seorang tak der 3g sini, member saya tadi dah call center. bagi tau masalah ini. dia senyap jer.

aku dah panas, malas nak maki-maki. ok lah aku kata nati saya call lain kali. aku tau diorang pon cari rezeki situ, ntah hari berapa kali dah kena maki kat orang ramai. jadi apa salah masing-masing timbang rasa sikit.

aku harap celcom jangan lah fix sangat prosedur macam-macam ni, pakai logik (otak) sikit, kalu dah 4-5 orang kat satu tempat dah tentu tak dapat 3g. apa salahnya report terus kat bahagian teknikal, datang baiki. kan mudah jer. tak perlu merapu-rapu. lagi pon kita call suruh selesai masalah bukan makin kusut.

key dia, jangan susah benda mudah.

takkan kes tak boleh troubleshoot semua tak jalan.

ini salah satu contoh masalah, kesan monopoli market di malaysia. kalau lah lesen untuk buat syarikat telefon senang ambil, pelanggan juga dapat faedah bayangkan kalau kat malaysia ada 30 syarikat tepon. tak kan merapu-rapu cam ni.

No comments:

Blog List