Sunday, April 4, 2010

peniaga kena pandai bercakap: komunikasi yang baik

kalu nak jadi peniaga, kena belajar bercakap

perkara ini aku sedari, apa bila bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan selama ini, rata-rata dari respon mereka lebih menyenangi peniaga yang pandai bercakap atau melayan. tidak katakan mereka saja, aku pon lebih menyenangi tuan kedai yang pandai melayan dari segi info tentang barang dan cadangan keperluan kita. kita lebih yakin kat situ.

petang tadi masa magrib ada sorang budak pompuan singgah kedai iklan member aku, bertanyakan sebut harga pakej iklan untuk pembukaan kedai baru dia macam bunting, banner dan bizkad atau brochure.

kebetulan ada 3 orang kat situ, semua geng2 tokey muda. member aku duk ralit bagi penerangan, dah nyata budak pompuan tu seperti blur dengan info dia bagi.


terpaksa lah aku backup member aku skit, atas dasar pengalaman buat iklan perniagaan aku sendiri selama ini. si budak pompuan tadi nak buat poster, biasanya saiz A3 dan agak mahal didatang dengan pakej contohnya 200,500 keping.

member aku sorang lagi senyak sambil menghadap pc, hanya tengok kerenah kito oghe melayan pelanggan. sebenarnya agak susah beri info untuk difahami dengan betul terutamanya jenis pelanggan pertama kali nak buat iklan.kadang benda camni kena banyak training atau praktikal.

lepas, bla bla bla terang itu ini. budak tu blah. member aku yang senyak tadi, cakap kar, demo tak ingat ko budak satu sekolah nge kito. 'mana aku ingat, dah bebelas tahun tinggal sekolah' jawab aku. alai budak tu.. bla,bla, bla. sambung dia lagi


aku tegur balik dia apasal tak cakap tadi, dia kata tak pandai nak cakap. aku kata, sir kita sebagai peniaga kena belajar bercakap/ komunikasi dengan pelanggan. sebab itu salah satu tuntutan asas dalam berniaga. mungkin ada orang kelaskannya sebagai seni berniaga.

aku kata senang jer nak bercakap dengan orang ni,antara tipsnya: tanya serba sedikit latar belakang dia, lepas tu agak apa dia minat dan kita pon tahu serba sedikit berkenaan perkara itu. lepas tu tegur jer.

' belajar bercakap banyak' balas tokey pok getah ni.

aku kata bukan macam tu, terang aku balik, ini salah satu kemahiran yang perlu untuk berniaga. komunikasi yang berkesan. aku pon dulu bukan jenis suka bercakap tambah2 dengan budak pompuan. satu kelas kenal perangai aku, yang agak pediam tapi bertempat. sebenarnya tak perlu kita bercakap banyak, hanya layan apa yang patut, nampak komunikasi di situ.

pada masa sekarang, aku melatih adek-adek aku sendiri melayan pembeli yang datang ke tempat kami. bukan apa latih diaorang sejak awal-awal lagi untuk berdepan dengan benda cam ni.

antara kelebihan menjadi seorang peniaga kita dapat berjumpa dengan macam jenis pelanggan dari pelbagai latar belakang. kadang kala automatik jadi kawan. sebab itu peniaga lebih terkenal di komuniti itu sendiri, tak percaya cuba sebut tokey hardware atau mini market tempat hang, mesti semua orang kenal.

No comments:

Blog List