Saturday, April 17, 2010

hakikat kita semua hanya pentingkan diri sendiri : projek komuniti

fakta ini aku dapat dari beberapa kejadian di sekeliling aku, lebih ketara semasa melancarkan satu projek web komuniti baru-baru, masa awal-awal perancangan semua setuju, semua nak buat, semua sokong, kalu boleh semua nak bagi. boleh kata semua ok atau angguk jer.

sebenarnya idea projek komuniti ini dah lama dalam kepala aku, cuma aku nak tau siapa akan cetuskan dulu di kalangan kawan terdekat. ada sorang kuar cite benda ni, dia kata minat nak buat. aku kata ok nati aku setup web tapi syarat dia kena joint sekali. dia kata ok.

tapi sebelum tu aku bagi info tak formal berkenaan projek ini kepada rakan terdekat. semua positif nak sumbang itu ini, apa yang patut . jadi aku nampak ok, cuma dalam hati kecil aku, bajet mesti ada yang jenis 'kecek' saja ni. kofem ada.



tup..tap...tup..tap, web komuniti siap, itu pon ada rakan baik sudi derma beli domain. aku salut kat dia ni walaupun sibuk seharian uruskan bisnes femili sempat lagi sumbang kat sini.

sebenarnya terdapat 2 projek bersifat komuniti ketika itu satu yang ini dan satu lagi alumni. aku jenis suka terus terang, aku dah cakap awal-awal projek alumni tak akan jalan kalu tak der duit atau tabung. aku tekankan benda ni sebab atas dasar pengalaman yang lepas-lepas.

alumni sekerap jalan

tapi semua kata tak per, masih boleh jalan walaupun tak dop duit. kita pakat ramai-ramai.

last-last projek ni senyap macam tu jer. ada juga berjalan itu pon ada yang bujang sahaja aktif. aku lepas tu dah tak amek kisah sangat, kalu nak rasa nak buat, buat jer. sebab aku dah agak ramai hanya pandai bercakap saja, tapi bila masa nak buat, masing-masing semua larikan diri dengan pelbagai alasan. dengan kata ringkas 'pentingkan diri sendiri'.

nak kata sibuk, semua sibuk dengan kerja masing-masing. semuanya bukan lagi zaman budak² u atau kolej banyak masa libur. ini alasan paling banyak aku terima, bila tanya kenapa tak joint, 1st aktiviti dianjurkan' semua bizi itu ini'.

projek komuniti, syukur jalan walaupun tak seperti dirancang


untuk projek komuniti, pada mulanya slow. sebab ramai tak lagi nampak fungsinya sebenarnya. setelah aku dedah sikit-sikit, ada sorang kawan aku dapat tangkap. itu pon belum jelas.

last dia datang kat aku, mengaku bertapa pentingnya projek komuniti ini kepada penduduk sekitar daerah ini. setelah aku nampak dia bersungguh nak sumbang kat sini. aku pon bagi tahu apa visi dan matlamat sebenarnya projek komuniti ini.
dia terkejut beruk dan berminggu juga memikirkannya. kesannya banyak input baru dapat dikongsi bersama.

cuma ada 2 -3 kerat yang awalnya semangat semacam seperti janji kat atas tu, senyap sahaja. untuk projek komuniti ini kami, tidak minta benda besar sekadar mereka tunjuk sikit komitmen dalam bentuk sumbangan apa yang patut bukannya sekadar cakap-cakap berasap sahaja.

bila ditanya semua alasan sibuk memanjang. terus terang aku cakap diorang ni lebih pentingkan diri sendiri sahaja. aku bukan nak kata aku yang betul, aku pon banyak juga kekurangan. cuma kalau ramai-ramai menyumbang seperti awal perancangan dulu, kan sedak.

nama pon projek komuniti jadi ramai-ramai wajib kena bagi sumbangan.

kenapa aku tulis benda ini: mungkin secara personal nampak aku frust tetapi sebenarnya ada sesuatu benda yang lebih besar dari ini aku nampak kat sini. kesannya kepada struktur keseluruhan 'orang kita'. dan benda ini atau sistem ini dah berulang-ulang sejak dulu.

mungkin bangsa kita jenis hanya pandai berkata-kata sahaja. dari kes kecil sebegini aku faham kenapa bangsa kita lemah dari segenap segi, sebab masing-masing tak der rasa yang jaga kepentingan umum, masing-masing hanya lepas batang tengkok sendiri. mungkin kita tidak didik sejak kecil perkara sebegini, berbeza-beza dengan bangsa lain seperti cina.

dari kes ini, projek komuniti tersebut terpaksa aku pikirkan balik dan digerakan sepenuhnya secara bisnes. baru boleh jalan. biar apa orang nak kata, kerana golongan ini hanya sekadar 'kecek' sahaja. setakat tu jer.

No comments:

Blog List