hidup di pekan kecil, semua slow sahaja. tambah-tambah hari cuti.
sekarang ni aku dah ubah timing tido, bangun awal tdo pon awal. jadi semua kerja aku sekarang buat di awal pagi. pagi ni aku kuar, takde lah awal mana. tapi bila nak pi fotostat dokumen, kedai pon belum buka lagi. kira dah pukul 9.30 pagi.
kehidupan di pekan ini memang slow, mungkin ramai kerja gomen kat sini, pengaruhnya kuat. bukan seperti bandar-bandar besar, pagi-pagi dah rancak aktivitinya dari orang berniaga sampai ke kerja sendiri. sebenarnya aku suka tinggal di pekan kerja tapi bila masuk bab-bab cam ni kurang gembira. terlampau slow.
semua duk bising MEB, yang najib lancar baru ni.
aku tak nak ulas banyak-banyak sangat hal tu, tetapi kalau cuti di malaysia tidak dikurangkan seperti sekarang, susah nak maju ekonomi. ye la asyik bercuti bila nak kerja.
banyak cuti merapu-rapu aku tengok sama ada pusat atau negeri. kadang-kadang aku sendiri banyak urusan tertangguh sebab cuti merepek-repek ni. semua kaum sekarang semua nak cuti. kadang-kadang tak pernah terdengar sebelum ni pon perayaan diorang, itu pon nak isytihar cuti sedang beberapa kerat sangat yang raikannya. kesian kat orang lain klu cam ni.
cuti memang perlu ada tapi jangan sampai dalam setahun hampir suku untuk cuti jer, aku senang masa hari sabtu dulu-dulu kerja. makna masih sempat lagi nak buat urusan walaupun di hujung minggu. mesti ramai tak setuju kalau cuti dikurangkan, banyak alasan bla, bla, bla..
dari segi komuniti niaga, aku tengok cuti selalu bukanlah pilihan yang baik. tak caya cuba hang tengok kat kelantan, kedai separt keta cina hari jumaat pon buka setengah hari.
Aku Kafir Ke
-
Pernah satu ketika dahulu.
Kawan rapat semasa di sekolah rendah.
Delete dari Facebook. Sebab aku like posting perihal 'Kafir'. Terkesima.
Totally. Sebab t...
6 years ago
No comments:
Post a Comment