Wednesday, April 28, 2010

tips: perkara anda perlu elak bila musim cuti di kelantan

ada 2 - 3 perkara yang biasa aku elak bila tiba time cuti atau musim perayaan.
  1. pergi atau masuk bandar Kota Bharu. jammed tak ingat sekarang, tambah-tambah waktu pejabat.
  2. bandar Rantau Panjang, bagi oghe kelate, janganlah gatal-gatal nak shopping masa ini. aku dah kena, perit. pergi beli time tak cuti kan boleh.
  3. mana-mana bandar kat kelate semua sama, cuma kuat atau tak jengnya.
  4. highway atau jalan raya, masa ini banyak pemandu yang mabuk. hari tu aku hampir nak kena langgar kat saga keta kebal warna hitam, dia potong treler tak lepas terus himpit van kitorang, mujur panjang umur lagi, benda-benda cam ni buat aku serik nak jalan time cuti kat kelantan. jelas pemandu kita tak berapa matang lagi, banyak yang gila lagi.
1 mei ni mesti ramai yang bercuti, pusu-pusu kereta masuk kelantan, bagi orang yang menetap di kelantan sendiri akan terasa bahangnya. aku lebih selesa duk buat kerja dari nak mengatal bercuti sama dengan orang lain.

nama pon kerja sendiri, time orang cuti kita kerja laa, time orang kerja kita cuti laa..baru santai - kata kawan aku di tok bali. betul kan ?

cara kerja: orang kita suka nampak benda kecil-kecil, yang besar tak nampak atau buat tak tahu

2 minggu ini aku sibuk berat, kejar ke kb untuk setel hal refinance jentera dan claim singboard. campur kerja luar dah stat berlambak.

dalam celah-celah tu aku sempat rembat tepo kawan aku, tulis artikel masa atas keta. aku jenis boring kalau nak keta takder buat apa, logik biasanya kita akan tengok pemandangan sama je tiap kali lalu jalan yang sama. paling tak aku duk cerita hal-hal bisnes dengan kawan aku. dia hanya diam je, macam cakap dengan hantu, sekali pikir

menulis di smartphone, aku rasa ok juga buat artikel web, paling sesuai buat draf. duk dalam keta, time panas-panas kat kb sambil taip artikel untuk web, kecil mata rasa nak juling duk tengok skrin hepon ini. antara benda baru aku cuba buat sekarang.  kelakar ada, macam budak kecil jer. betul kata ahli agama, dunia akhir zaman manusia akan jadi budak-budak (sifat) balik.

salah eja. memang perkara biasa, keypad kecil sesuai untuk jari baby. cuma aku perasan, satu yang tak best nokia punya software: dia tidak autosave, jadi kalau ada panggilan, hang tak ingat save, kena taip semula. aku kena 4-5 kali juga, baru tau.

sempat juga aku taip satu dua artikel untuk taruh publish dalam web komuniti nanti.

Sunday, April 18, 2010

celcom broadband anda selalu buat hal, hakikat pengguna dah lali sebenarnya: nasib pengguna broadband di malaysia

celcom broadband anda  selalu buat hal ?

aku sebenarnya dah naik lali dengan kerenah celcom bb: line putus-putus, asyik kena restart modem, tak dapat line terus, susah nak surf server luar malaysia, kejap line 3g kejap 2g (edge/gprs).

contohnya malam ni, yahoo terus tak boleh akses. pelik.

jadi apa anda kena buat ?

biasanya, aku buat 2 perkara :

1- tutup pc, pi buat kerja lain. kalu duk pun sakit hati buang masa

2- buat kerja tak sangkut paut dengan internet. contohnya layan movie atau anime.

bagi yang rajin tu anda boleh bergayut dengan khidmat pelanggan celcom. aku dah bosan nak tekan 11111.

ada nak kongsi pengalaman sama ?

Saturday, April 17, 2010

hakikat kita semua hanya pentingkan diri sendiri : projek komuniti

fakta ini aku dapat dari beberapa kejadian di sekeliling aku, lebih ketara semasa melancarkan satu projek web komuniti baru-baru, masa awal-awal perancangan semua setuju, semua nak buat, semua sokong, kalu boleh semua nak bagi. boleh kata semua ok atau angguk jer.

sebenarnya idea projek komuniti ini dah lama dalam kepala aku, cuma aku nak tau siapa akan cetuskan dulu di kalangan kawan terdekat. ada sorang kuar cite benda ni, dia kata minat nak buat. aku kata ok nati aku setup web tapi syarat dia kena joint sekali. dia kata ok.

tapi sebelum tu aku bagi info tak formal berkenaan projek ini kepada rakan terdekat. semua positif nak sumbang itu ini, apa yang patut . jadi aku nampak ok, cuma dalam hati kecil aku, bajet mesti ada yang jenis 'kecek' saja ni. kofem ada.

Wednesday, April 14, 2010

teknik tangkap ular sawa batek, pakai ceracak dan buluh, wajib ada parang

aku malas nak cite bab2 niaga, saja sekali sekala amek topik lain plops.

sekarang musim panas, kelantan pon panas juga. aku yang duk kat kawasan penuh hutan ni pon terasa bahangnya kalu duk kl aku tatau aura dia cam mana. jadi tido malam pon tak lena mana. malam sabtu baru ni, time duk tido tiba-tiba ayam kat bawah rumah berbunyi macam ada benda nak makan dia. ibu ayam ni tak sapa sebulan baru bawa anak baru, jadi kena lepak bawah umah dulu sebab anak tak boleh terbang.

yang besar lain semua, tido atas pokok rambutan malam. seminggu lepas  dah ada sekor bapak muda kena baham kat ular sawa, sempat telan kepala je, mapus juga ayam tu.

Blog List