Aku naik hairan, kat seminggu dah macam musim banjir sini. Hampir 5 hari dah hujan tak henti-henti duk simbah bumi. Corak hujan pun aku tengok pelik, dia punya kedudukan awan lebih rendah dari biasa. Sini senang dilihat sebab dikelilingi bukit-bukit sekitar kaki banjaran Titiwangsa.
Sebagai hatcherist, pekara macam ini perlu dipantau. Cuaca main peranan besar bagi pengusaha macam kami. Di Malaysia, taburan hujan yang tidak sekata antara cabaran utama.
Hujan tropika, korang paham-paham lah. Banyak kesan terhadap industri ini.
Tempat aku ni kat Jeli, dia punya hujan agak luarbiasa. Kalau Kota Bharu sana kemarau sini, boleh hujan macam nak banjir sebelah petang.
Pelik kan tapi itu realitinya.
Hingga ada orang Pattani yang berkerja sebagai penoreh getah sekitar sini memberi gelaran ' Jeli sano langit bocor'.
Aku Kafir Ke
-
Pernah satu ketika dahulu.
Kawan rapat semasa di sekolah rendah.
Delete dari Facebook. Sebab aku like posting perihal 'Kafir'. Terkesima.
Totally. Sebab t...
6 years ago
No comments:
Post a Comment