Wednesday, March 31, 2010

account maybank2u hati-hati, setan-setan internet berlambak-lambak

sebelum ni aku hanya ada baca kat blogger lain tentang emel fraud maybank2u. sejak akhir-akhir ini emel aku turut sama jadi mangsa. banyak masuk kat spam box.

setan-setan ni memang 'pro' sekali tengok address email sebijik dari maybank. kofem ramai kena tipu kalu tak hati-hati. klu jenis berhati-hati tak kisah sangat sebab dalam m2u sebenarnya dah ada sistem email dia sendiri. tapi aku rasa mesti ada yang terkena dalam ramai2.

sini aku tepek gambar emel tu (cuba tengok betul-betul alamat emel tu):

Monday, March 29, 2010

blackberry, smartphone kat malaysia: barangan kawalan

baru-baru ini, aku ada teman kawan cari satu blackberry kat kb. rasanya ada dah artikel sebelum ni aku cerita sedikit. cuma di sini aku nak ulang balik, klu hang jenis tak bercakap banyak-banyak baik tok sah berangan nak pakai. rugi kat pakej merapu-rapu dia.

seingat aku pakej blackberry untuk celcom paling murah 180 ringgit. hp kat 1.6k tu pon kena tunggu 2 minggu. mahal murah tepo tu aku tak boleh pertikai sangat, nama pon smartphone.cuma pakej tu agak merapu bagi golongan pengguna biasa,180 inggit dengan :

Sunday, March 28, 2010

minda peniaga: perkara paling penting sebelum kamu jadi seorang peniaga

minda peniaga.

perkara ini bagi aku sangat penting sekiranya kamu nak jadi peniaga. sebab aku tengok sorang kawan aku, dia mekanik pandai beki keta, pendek kata enjin dalam kepala. tapi masih tak yakin nak buka bengkel walaupun dah 2-3 orang offer dia buka bengkel kereta. dah hampir setahun offer.

sebab apa?

sebab utamanya, dia masih berminda seorang pekerja bukan minda boss. selagi benda ini dia tidak buang dalam kepalanya selagi itu tidak mampu untuk berniaga. apa itu minda berniaga.

Friday, March 26, 2010

ramai sekadar pikir untuk niaga, tapi tidak buat... kenapa ?

kalau dirujuk tajuk atas, mesti ramai mempunyai angan-angan untuk berniaga suatu hari nati..... tapi sapa bila?

selepas grad dulu, pernah kawan-kawan aku tanya nak kerja apa. aku terus cakap kerja sendiri!. sapakan ada yang tanya balik apasal tak makan gaji dulu buat modal niaga nati. aku jawab, susah kalau buat dua perkara dalam satu-satu masa. kita hilang fokus, silap-silap lingkup perniagaan kita.

apa yang nak ditakut sangat dengan berniaga. risiko dan ganjaran tetap ada.

Thursday, March 18, 2010

kerenah pelanggan, tabiat menarik untuk dikaji dan perlu ambil tahu

kalu hang penjual, hang akan berjumpa bermacam-macam ragam pelanggan. ada ke hulu ada ke hilir. petang tadi ada seorang pelanggan, lelaki baya setengah abad dah umurnya. dia tanya ada tak barang, aku cakap ada. lepas tu abes-abes nak tengok, dia tanya camana, aku cakap rupa barang besar tu panjang mana. dia cakap balik nak tengok juga.

Blog List