Wednesday, March 9, 2011

gotong royong kampung : tebas jalan kampung ada tak lagi, zaman ni


 Ini salah satu gambar budak-budak kampung aku, tengah gotong royong tebas jalan kampung. Aku bangga dengan diorang, dalam dunia serba serbi duit sekarang ni, ada lagi semangat datuk nenek kita dulu.

tempat lain ada tak macam ni lagi ?

Sunday, February 20, 2011

Maulidur yang berkat..

Salam,

maaf kerana tidak aktif sejak kebelakangan ini kat blog ini. Aku lebih tumpukan kat projek web komuniti dan blog alumni. Banyak perkara kena setup sendiri, web komuniti akan masuk fasa ke-2 seperti yang dirancang. Maka banyak beban kerjanya terpaksa aku tanggung, lagi pun aku anggap ini sedekah jariah aku kat masyarakat yang banyak bantu aku selama ini.

Aku tak nak ajar diri aku jadi insan yang penting diri sendiri, sekurang-kurang ilmu yang sedikit ini aku kongsi kat anak bangsa aku.

Jawabnya jumpa tok imam lah lepas ini, ajar diorang tulis blog.

Projek terbaru...

Sekolah aku dulu pun, nak lancar alumni secara rasmi. Bekas-bekas cikgu kitorang dulu minta tulun balik mana patut. Akhirnya berjaya juga apa yang aku rancang bersama kawan-kawan sekelas walaupun kecil di mata rakan-rakan kami namun besar di mata guru kami. Ini menjadikan landasan untuk mereka kembangkan benda ini.

Aku pun terkejut bekas cikgu-cikgu dulu hari-hari duk baca blog yang kitorang buat suka-suka. Baru ini dapat tahu sendiri dari mulut bekas cikgu matematik. Kelakar pun ada, pelik pun ada rasa bangga pun ada sebab guru-guru kami sokong kami walaupun sekadar silent reader. Jadi pertuturan kat sana kena beradab lah sikit lepas ini.

Yang aku pelik aku bukanlah pelajar yang aktif ke sekolah dulu... selalu elak kalu masa unit beruniform sampaikan aku tiada sijil satu pun dalam benda ini. Yang aktif zaman-zaman sekolah dulu banyak menyepi aku tengok. Sekali imbas macam diorang penting diri sendiri pun ada. Tapi itulah kenyataan hidup.

#aku selesa twetting kebelakangan ini, walaupun x berapa pandai lagi benda ini

Selamat tahun baru dan menyambut maulidur rasul

Friday, January 7, 2011

antara adab yang tidak patut diamalkan masa deal harga barang dengan pembekal /pemborong

Antara adab yang orang kita tak ambil kisah masa deal barang dengan pembekal atau pemborong, khususnya lelaki.

Selamba merokok sambil duk bincang-bincang pasal harga barang kat dalam kedai atau pejabat, bagi aku benda macam ini kurang ajar. kenapa aku kata begitu ?

Benda ini aku perasan masa pergi cari barang kat pekan golok hari tu, aku dah cakap kat member aku tu kalau nak hisap rokok pun lepas-lepas ni, dia selamba badak jer merokok dalam kedai tu sambil sibuk duk tanya harga periuk.

Geng-geng perokok ni satu hal, asalkan ada ruang mesti nak lepas gian diorang.

Jelas nampak cina tu tak selesa dengan asap rokok sambil duk kibas-kibas dengan buku dan yang paling aku perasan harga tuan kedai tu bagi dah tak boleh tawar pun. Agak mahal bagi kami yang inginkan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun kita dah tuju kat kedai pemborong periuk belanga paling besar dalam bandar ni.

Kerana bagi setengah orang bukan perokok, merokok dalam suasana macam ini agak kurang ajar. Mungkin bagi perokok itu perkara biasa, tapi mereka tak pikir kesannya sedikit banyak dalam urusan perniagaan.

Tak profesional lansung.

Saturday, January 1, 2011

video | antara tips orang bujang boleh pakai masa pergi lawat kawan yang baru dapat anak


Video ini sempat aku rakam masa pi melawat anak ke-2 kawan aku yang baru lahir, pasangan ini kedua-duanya bertugas di Borneo.

Antara tips korang boleh pakai pergi tengok anak kawan-kawan baru lahir, seelok-eloknya bawa hadiah berbentuk barang seperti pakaian bayi atau alat penjagaan bayi biasanya benda ini ada dalam bentuk pakej/kit yang dah siap. Bagi aku ini ebih praktikal dari bagi duit.

Masa pi pekan Mu No hari, baru ni aku sempat beli sepasang baju dan seluar, aku ambil saiz besar sikit sebab aku perasan bayi sekarang ramai yang  bersaiz besar-besar. Orang Malaysia ni makan apa sampai jadi macam tu?

Dan satu lagi aku suka bawa kuih muih masa gi melawat tak menyusahkan kawan-kawan nak hidang kat tetamu nanti. Ini serba sedikit tips yang baik bagi mereka yang masih bujang bila melawat rakan-rakan yang baru dapat bayi.

Tahniah buat diorang, rezeki dari syurga orang kata.

Friday, December 31, 2010

Rating servis courier di Malaysia, banyak lagi patut dibaiki: KTM courier Tanah Merah buat hal hari ni

Servis penghantaran barangan atau courier adalah elemen penting dalam perniagaan. Kemajuan sebuah negara itu boleh diukur dari sistem ini, ini dari pemerhatian aku sendiri. Di malaysia servis penghantaran masih diperingkat tidak memuaskan. Jujur aku katakan banyak perlu diperbaiki. Sebab ini nadi aktiviti perniagaan dalam sebuah negara.

Korang tengok US punya sistem courier, menyeluruh hinggakan nak hantar lembu pun ada. Sebab itu diorang boleh pi jauh.

Ok, kenapa aku cite bab courier ni.

Petang tadi, adik aku pi ambil barang dekat stesen keretapi Tanah Merah, kebetulan trip ni kitorang order barang dalam stok yang banyak. Bagi yang dah lama berniaga tentu tahu, bila masuk awal tahun dan dah dekat nak raya cina barang mesti sangkut kat paling busuk 2 minggu biasanya sebulan lah senang cite. Jadi bila adik aku buat balik aku tengok kotak barang hampir semua rosak kena air hujan.

bil & separuh dari barang aku yang rosak kena hujan. koranglah nilai sendiri KTM courier punya servis ni..

Mujur barang yang kena tu jenis takder efek sangat dengan air tetapi separuh lagi barang jenis peralatan elektronik. Kalau kena itu mau, buntu aku. Iyalah stok barang kali ni kat berpuluh K.

Aku bengang tengok benda cam ni, iyalah kita bukannya free guna KTM servis. Lagi pun bukan sehari dua aku guna servis diorang dah masuk berbelas tahun. Jadi aku berhak nak buat bising dengan diorang. Mentaliti orang Malaysia ni pun satu tak berani nak complaint kalau ada apa-apa yang terjadi, redha belaka. Jadi bila lah negara kita nak jadi negara berpendapatan tinggi, sahutlah sikit cabaran Najib. Yang nak claim sana sini ramai lah.

Aku amek kamera, shot gambar barang yang rosak tadi. Lepas tu aku call operator stor kat Tanah Merah tanya kenapa jadi macam ni.

Aku bukannya nak marah sangat cuma teriklan sangat sebab servis diorang teruk kali. Benda ni aku perasan berlaku tiap kali musim hujan. Operator tu cakap diorang tak boleh nak buat apa sebab stor sana masa proses turun barang dari lori (korang jangan ingat KTM punya servis pakai keretapi ke, silaplah pakai lori juga) sana tiada bumbung peneduh. Kena musim terkujuh jawabnya habis rosak barang pelanggan.

Aku tanya dia apasal tak buat bumbung. Dia cakap dah puas diorang minta kat pihak pengurusan atasan tapi taknak buat juga. Pihak pengurusan pun satu hal apa masalah yang bengong sangat tak nak buat benda tu. Tolongla buat bumbung oni satu situ.Tolaonglah..

Itu pun dah habis molek diorang angkut barang. Sebab musim bah macam ni hujan jawabnya memanjang kalau nak tunggu hujan berhenti jawabnya tak pergi mana-mana lori KTM tu. Logik juga jawab mamat tu.

Aku pun bagi tahu nilai barang aku dan kalau rosak mati kutu aku. Dia cakap kalau macam tu claim lah. Senang dia cakap, aku rasa ini salah satu sebab KTM asyik rugi berbilion ringgit sebab ramai sangat duk claim barang rosak.

Kita sebagai peniaga bukannya jenis suka bab claim-claim ini sebabnya masa itu duit. Sebab proses claim ini memenatkan, terbaru tahun ini aku baru lepas claim singboard aku yang dilanggar mamat mabuk tu.

Aku dalam hati tiada guna berbalah dengan diorang sebab aku dengar jawabnya mereka pun jujur bunyinya. Ok aku bagi tau, diorang kalau macam tu nati aku buat report rasmi kat KTM. Suruh diorang buat bumbung tu cepat-cepat kalau tak naya kat pelanggan. Budak tu pun setuju benar.

Jadi tadi lepas tu aku email kat KTM dan siap isi form aduan kat web diorang. Aku lampirkan 3-4 keping gambar barang yang rosak.


Rating servis courier di Malaysia

Sepanjang aku terlibat dalam perniagaan ni dah macam jenis courier aku pakai dari drebar teksi hingga ke yang tersohor. Jadi korang nampak tak ni salah satu kes yang merimaskan pelanggan bila terkena macam ni.

Cuma satu aku boleh bagi, keseluruhan rating B-. Contohnya aku yang duk kat luar bandar ni lagilah naya, macam barang biasanya kena ambil kat petrol stesen. Risiko barang untuk hilang adalah tinggi. Paling ok aku tengok pun, servis pos malaysia sebab sini aku kenal posmen yang hantar barang tu. Itu pun lepas kes, aku hilang 2-3 keping cek bank, sebab sini diorang selamba longgok surat satu kampung kat kedai kopi. Percaya tak ada lagi benda macam ni walaupun kita dah setengah kurun merdeka.

Contoh kalau hang order barang dari U.S biasa pakai DHL, diorang akan bagi kat posmen juga macam kes aku kat sini. Sebab kat Kelantan tiada cawangan dia.Jadi walaupun anda pakai DHL tapi hakikatnya anda pakai servis pos biasa jadi. Kena yang order barang berharga contohya seperti jongkong emas (ada tokei kedai emas pakai benda ni order emas dari India) atau barang komputer, kalau hilang nasiblah. Jadi jangan percaya sangat iklan tahyul syarikat courier dalam tv tu.

Aku tengah tunggu KTM call ni harap-harap ada, mana tau khidmat pelanggan diorang teruk macam TNB, haram tak call tanya pun letih aku email masalah blackout kat sini.

Blog List