Tuesday, December 28, 2010

kenapa malaysia kita banyak hari cuti yang merapu-rapu, korang tak rasa bersalah ke ?

Ahad semalam buat kali ke-2 aku terkena lagi, pi bank sampai sana bank tutup. Aik takkan cuti lagi, ini negeri islam kalau belah KL sana logik laa hari natal sampai 2 hari, ini Kelantan lah bro nama pun KB sana bandaraya islam.

Percaya kalau anda jenis kerja sendiri anda sebenarnya tak ambil kisah pasal cuti-cuti ni. Ini sekaligus membuat satu perkara anda akan rasa menyampah kat Malaysia ni ' kenapa negara kita ni banyak sangat cuti, cuti yang bodoh-bodoh bagi aku'. Aku tengok setengah-tengah hari kebesaran tak perlu pun dibuat cuti hari tersebut merugikan produktiviti dalam negara jer. Nak jadi negara berpendapatan tinggi lagu mana kalau asyik duk bercuti..

Ok mari kita buat kira-kira level tadika untuk tengok benda ni,

Perkerja kat sektor awam saja sekarang ada 1.2 juta, kita ambil purata gaji sebulan 1,000 ringgit. Jadi sini aku buat kira-kira tadika dengan sorang kawan bertapa ruginya duit cukai kita bila satu hari cuti dalam negara ini. Senang citer makan gaji buta lah.

1,200 000 x 1,000 = 1.2 bilion/bulan

satu hari kerajaan kena bayar = 1.2 bilion/30 hari
 = 40 juta sehari


ini perangai orang kerja kerajaan pula..

Ada member aku sorang tu bila aku tanya kenapa kita cuti banyak sangat. Dia selamba balas - kita kan negara islam kena ikut kalendar islam lah..maal hirjah, awal muharam..bla bla. Habis tu yang hari natal, thaipusam tu apa kejadah korang cuti juga.

Member aku seorang lagi masa duk cogak-cogak tadi siapa kata.. cuba tanya ustaz man ( kerja cikgu kafa) dia tak rasa bersalah tak makan gaji buta. Iya betul juga ikut akidah islam korang tak rasa bersalah ke makan gaji buta banyak sangat (berkadaran dengan cuti)

Aku saja tulis benda ni, sebab bila kena macam ni sekali dua rasa bengang juga. Hampeh

Friday, December 24, 2010

sedarkah anda: wakil rakyat kita banyak jenis makan gaji buta, cuma kita yang buta tak nampak.

Satu hari dalam kereta. Borak-borak politik dengan kawan-kawan sebelum sampai pos imigresen Rantau Panjang.

Member aku cakap, kita bukan apa pilih parti ini. Sebabnya kawe runsing tengok orang murtad hari-hari, berapa ratus ribu (angka ini agak merapu bagi aku). Undang-undang islam tidak pun diamalkan dalam negara ni.

Dia ahli pemuda parti tu. Banyak juga dia bagi hujah sana sini. Isinya tetap sama, tipikal sangat hujah orang kebanyakan.

Aku pun cakap.. bukan aku tak nak pilih tok wakil parti tu. Nak tegak undang-undang islam macam mana kalau 5 tahun tak nampak batang hidung sekali pun masuk kampung aku. Asyik di berniaga kerjanya. Usahkan isu murtad, nak cat surau pun belum tentu boleh buat.

Terus budak tu senyap. Mati hujah. Dan dia terus cakap, kawe setuju dengan demo kalau bab tok wakil tu.

Apa tugas sebenar wakil rakyat

Aku bukan apa, parti politik kat negara kita ni kadang-kadang kala taksub sangat dengan pemimpim lama. Perkara ini terbawa-bawa kat kita generasi muda sekarang. Cuba lah bagi cam kat muka baru, apa masalahnya. Orang muda, fikiran baru dan tenaga pun kuat.

Ni duk bagi juga yang lama. Dah tentu-tentu orang benci satu hal, nak buat kerja tak larat. Kena-kena yang berpenyakit tak pasal-pasal sibuk pilihanraya kecil. Tengok 2-3 tahun ni, banyak betul pilihan raya kecil.

Sebagai pengundi aku cuma nampak, bila dia diberi amanah jadi wakil rakyat tempat aku. Jalanlah tanggungjawab tu. Apa masalahnya. Tak kisah hang dari parti cap apa. Ramai yang tak nampak perkara ini, sebab terikut-ikut trend orang dulu-dulu. Sebab wakil rakyat pun duit rakyat yang duk bayar gaji diorang bulan-bulan. Kalau tak buat kerja dah tentu-tentu makan gaji buta.

Harap semua celik sikit perkara ini, jangan terpengaruh sangat dengan blog-blog politik. Banyak merapu-rapu aku tengok, baca boleh nak percaya pikir-pikir sikit.

Satu perkara aku perasan sejak akhir-akhir ini. Orang dari parti ni, kat kelantan ni tak boleh dikritik langsung. Ini hasil perbualan aku dengan kawan-kawan yang hardcore fahaman parti ini. Macam lah tok wakil diorang tu pernah tak buat salah pun. Fahaman macam ni bagi aku merugikan untuk masa depan.

Aku tengok dah terbalik kuang, baik pembangkang kat kelantan ini lebih terbuka. Rilek jer terima kritikan.

Akhir sekali semua terus senyap tak cakap bab politik sebab dah nak masuk Sg Golok. Semua duk teringat nasi air kat situ. Memang best.

Saturday, December 18, 2010

anda sedang cari buku kenal diri, saya ada tempatnya

Susah mencari bahan bacaan untuk ilmu tarikat. Bagi yang ingin mendalami salah satu cabang ilmu agama ini, di Malaysia bahan bacaan sebegini agak sukar untuk didapati pada masa sekarang. Tambahan sesetengah-tengah ajaran sufi ini telah difatwakan sesat kerana tidak sesuai dengan budaya orang kita di sini.

Aku ada terjumpa lokasi yang menjual buku sebegini secara kebetulan.

 Mengenali Diri & Wali Allah, antara yang mencuri perhatian di pekan Muduk

Semalam satu hari suntuk aku kat belah Thailand sana, di sekitar bandar/pekan tepi sempadan. Atas urusan perniagaan. Aku sempat singgah kat salah sebuah pekan tepi sempadan paling top kalau nak membeli belah sebelah kelantan sini. Pekan Munok atau orang kelate panggil Muduk.

Sehinggakan ramai orang luar kelantan pun turut datang sini, cuma nasihat aku kalau nak datang bawa kawan-kawan orang kelate kalau tak anda kena sembelih nati masa beli. Sini syurga beli belah bagi golongan ibu. Kedai periuk, pinggan, kuali, senduk sundip hinggalah kepada bapak kawah untuk kacau bubur asyura pun ada jual.

Tips dari aku, kalau singgah pekan ini

  1. Cuba rasa laksam kuah siam, kedai makan paling hujung sebelah kanan jalan sebelah kedai jual periuk kuali. Sedak dan unik rasanya lain dari laksa kelantan. Ini pun kawan yang biasa belah sini cadangkan.
  2. Pakai selipar/sandel sebab pekan belah Thai ni atas tanah merah macam tu bukan bersimen atau batu macam tempat kita. Kena macam semalam hari hujan, becak habis.

Gerai buku

Dalam banyak kedai aku tertarik pada sebuah gerai kecil jual buku. Wah sini pun ada jual buku juga. Aku pantang ada kedai buku mesti nak singgap cuci mata jap. Dah tentu-tentu sini buku agama saja yang dipamerkan. Kawasan belah Pattani sini, pegangan orang melayu terhadap sistem pendidikan islam khusus sistem pondok masih kuat.

Rata-rata buku ditulis dalam jawi dan siam. Yang tulisan rumi kebanyakan buku belah Malaysia kita. Dalam banyak-banyak buku agama tu aku tertarik pada, sebuah buku ini. Sebab aku pernah tengok dalam koleksi seorang pengamal ilmu kenal diri masa kat KL dulu. Bila perati betul-betul, iya kofem buku tu.

Ini antara buku popular bagi yang mendalami ilmu kenal diri. Biasa buku ni golongan 40-an ke atas yang baca. Jadi aku pun tanya harga dan sambar satu. Ada 2 versi, satu rumi dan satu jawi. Tak silap buku ini diharamkan di Malaysia. Kalau ada pun tempat-tempat cam ni dan tak silap kat kedai buku jaafar rawas kat KB pun ada jual jugak. Rezeki.

Kat belah Thai sini buku-buku cam ni tiada masalah untuk didapati, sebab bukannya terikat dengan undang-undang Malaysia sana.

Banyak buku agama dalam tulisan siam, tapi sayangnya aku tak reti bahasa ni walaupun kat uni dulu pernah ambil krusus bahasa ini. Kalau yang jenis lidah lembut aku rasa hang boleh ambil krusus ini. Cina kebanyakkan yang amek kerana sebutan diorang lebih kurang sama.

Orang pergi pekan Muduk beli beras atau periuk belanga, aku pula selamba beli buku kenal diri. Siap kawan aku tengok pelik semacam. Dia pun ada kata, ayahnya pun ada sebiji buku ini tapi yang tulis jawi. Rupanya orang dulu ramai yang belajar ilmu ini sebegini dalam melengkapi diri.

Buku sebegini pada pandangan aku, tak salah dibaca boleh untuk tambah pengetahuan tapi kalau nak beramal kena cari guru yang layak. Kerana silap-silap boleh mereng kepala otak hang nati.

Betul ke cabang sufi ini wujud ?

Aku pernah sembang-sembang dengan mereka yang dalam bidang ini, nasihat dia tak semua orang dipilih melalui jalan sufi ini. Kerana kita masing-masing ada cara untuk beramal ibadah. Sekira tidak sesuai dengan jalan sufi, kita pakai jalan syariat biasa iaitu sembahyang, puasa, haji. Islam itu tidak merumitkan umatnya.

Kerana bagi bagi yang amal tarikat mereka pun tetap beramal ibadat macam orang normal lain. Mereka tetap menjalani rutin manusia biasa kahwin, ada anak bini, anak masuk sekolah dan berkerja nak sara keluarga.  Aku tengok nasihat lagu ni logik juga diterima akal. Sebab sekarang ramai dah melalut tak tahu mana arah, cuba mendalami ilmu sebegini.

Thursday, December 16, 2010

bengong dengan kalendar siam... roadtax kereta motor pun tulis pakai ni

Tahukan anda belah Thailand pun ada tarikh diorang sendiri dan yang lebih buat aku kagum, diorang pakai dalam urusan rasmi macam surat menyurat. Macam kita ada tahun hijrah diorang pun kalendar lunar. Ini pun aku googlekan balik.

Tadi member aku duk belek-belek roadtax siam, cuba tengok tarikh luput. Sebab esok rancang nak masuk bandar Sg Kolok dengan kereta. Biasanya bagi penduduk sekitar sempadan ni, yang ada kenderaan diorang akan buat satu pas untuk kereta bagi membolehkan kereta dipandu sebelah Thailand sana.

Hari dan haribulan tu boleh baca lagi tapi tahun tu dia tulis 2553. Bengong sekejap.

Last-last kitorang selamba tanya seorang tokey balak, dia selalu singgah kedai member aku. Cina ni ada rumah kat sg golok sana dan yang pelik satu-satu cina aku jumpa suka layan lagu P.Ramlee, siap pasang kuat-kuat dalam merz dia.

Dia kata.. 'itu tahun 2010 kalau 2553'. Jadi kofem roadtax tu dah mapus.

Jadi bagi kalendar Thai 2553 = 2010.

Satu aku perasan website belah-belah thai sana tak boleh blah, jauh ketinggalan. Majoriti stail oldskol lagi.

Blog List