Tuesday, December 14, 2010

kenapa susah nak buka akaun semasa syarikat ?

Anda pernah buka akaun semasa ?
Bagi yang ada pengalaman, mesti cakap susah kan? Silap-silap tak cukup syarat dia, tak lepas nak buka.

Kenapa proses membuka akaun semasa atau CA sangat melecehkan.

Sebab utamanya : untuk pastikan adakah anda mampu atau tidak menjaga akaun tersebut.

Ini ciri utama yang diambil kira oleh sebuah bank dalam menentu anda layak atau tidak. Siapa yang cakap, bukan aku yang kata tapi keluar dari mulut pengawai bank sendiri.

Jadi untuk memastikan ciri ini dipatuthi, proses pembukaan CA ini dirumit dengan syarat-syarat boleh tahan tahap mengarutnya. Tengok atas budi bicara pengawai bank tempat hang berurusan. Tetapi ada 2 syarat utama yang wajib dipenuhi.

Syarat 1 : cari introducer

Semalam satu hari suntuk aku kat bandar Tanah Merah, sebahagian besar masa diperuntuk untuk proses buka CA (current account). Tempat aku entah bila maybank ada hati nak pacak satu cawangan sini. Dengan syarat wajib dapatkan tandatangan introducer untuk pembukaan akaun.

Dah lah maybank syarat dia boleh tahan songeh, yang ada CA individu tak layak, kena cari yang jenis buka atas nama perniagaan/syarikat baru diterima. Bahagian ini yang susah sebenarnya, walaupun bunyi macam mudah je.

Akhir sekali pengawai tu cadang aku pi satu kedai makan, minta sign dia dengan dia lepas tu bayar 10ringgit duit air. Kan senang. Dah 2 minggu aku tanya sana sini kat kawasan aku ada tak sesiapa yang buka CA maybank, sekor pun tak der. Bank-bank lain ada lah.

Aku dah ada agrobank punya CA, tapi bila masuk bab-bab proses bayaran, cek statement, nak tahu baki segera dan banyak lagi. Agrobank tak boleh blah bab-bab ini. Tambah-tambah agrobank takder internet banking. Diburukkan lagi agrobank tempat aku ni jenis kedekut resit atm serta sentiasa penuh orang bila hari pasar.

Ini antara sebab aku buka CA lain satu lagi. Kalau hang setakat buka akaun jenis nak cek gaji tu takder masalah besar sangat. Tapi yang jenis atas urusan niaga, agak membuang masa dan tenaga anda. Iyalah contohnya kita nak tau juga siapa yang dah bayar ke belum, bila bayar, nak audit akaun hujung bulan pun susah. Takkan nak pi beratur sokmo kat bank tu.

Cuma satu aku boleh puji atm agrobank terbaik setakat ni, withdraw limit 6k satu hari dan boleh transfer duit mana-mana bank on the spot kat situ cas pun seringgit je. Murahkan.

Untuk sign introducer tu, mula-mula tu aku minta sign satu kedai hardware cina ni, tapi dia bagi no acc tak sama sign dan cop. Tokei cina ni pun satu, jenis yang banyak sangat akaun dari ayah dia, dia, bini dia punya acc hinggalah acc syarikat dia. Maybank terus tendang.

Syarat 2 : IC kena ok

Yang jadi masalah aku semalam, ic ayah aku tak boleh baca. Rosak, kad reader tu tak boleh baca. Ini syarat wajib nak buka akaun kat mana-mana bank di Malaysia, IC  mesti boleh dibaca untuk sahkan data diri anda. Sebabnya ramai sangat ic palsu sekarang khususnya kat Borneo sana, banyak kes mat indo di Sabah kantoi masa buka akaun maybank. Kelantan 3-4 tahun ada satu dua kes. Jelas pengawai bank tu panjang lebar.

Sebab akaun ni dibuka atas nama daftar niaga, jadi nama-nama yang terpapar kat daftar niaga tu semua kena hadir. Untuk cop dan sign depan pengawai maybank tu. Aku pernah dulu sekali buka akaun syarikat, atas tu ada 4 nama, mak oi susah gila nak bagi 4 ekor tu himpun sekali.

Jadi pengawai maybank tu, lupa nak bagi tau namanya Abe Wong (mr. wong) suruh pi buat ic baru dulu. Baru boleh proses. Dan pagi tadi baru tahu proses siapkan ic tu makan masa sebulan. Terima aja lah.

Banyak perkara yang mr. wong ini kongsikan dengan aku, itu pandangan dari orang bank mengenai kerenah pelanggan, isu keselamatan akaun, tanggungjawab pelanggan dan jumlah duit dalam maybank pun dia ada cerita terus terang.

Satu yang tak boleh lupa dia tunjuk contoh macamana pihak maybank boleh kesan cek itu ditulis oleh pemegang akaun atau tidak. Rupa-rupanya setiap cek yang hang depo kat mesin cek tu diimbas di KL baru boleh ditunaikan atau tidak.

Nati bila aku siap semua buka akaun ni, aku akan tunjuk pula macam cara-caranya untuk aktifkan maybank2u.com untuk akaun syarikat. Ramai yang tak tau, aku dah puas tanya google pun takder orang ceritakan benda ini. Selain maybank2u terdapat juga maybank2e.net, ramai tak perasan tapi bagi yang ada syarikat mungkin lebih amek kisah.

Ini dah masuk kali ke-3 aku buka CA atas nama syarikat, 2 daftar niaga biasa dan satu sdn bhd. Dari semua proses ini satu je kesimpulan aku boleh buat. Hang kena buat 'ayam' oleh pihak bank.

Pernah aku kena kelentong oleh pengawai Cimbbank Cyberjaya, siap bagi alasan cawangan sana nak tutup, suruh pi buka tempat lain. Yang tak tahan perempuan tu muka baik jer aku tengok, cakap pun lemah lembut. Tak boleh terima akal langsung tapi nak buat camana diorang punya bank. Terima aja la.


Jadi siapa-siapa yang berhajat nak buka CA sabarlah banyak-banyak.

Saturday, December 11, 2010

apa beza kelantan dari sudut pandangan komuniti peniaga malaysia

Kita sering mendengar pendapat atau pandangan berkenaan Kelantan dari media massa perdana. Tak ramai nak ulas pandangan komuniti peniaga malaysia terhadap negeri ini. Ok sini aku ulas serba sedikit.

Bagi yang membesar 20 tahun lepas. Salah satu faham yang ditanam dalam kepala otak kita, negeri termundur di malaysia ialah Kelantan. Kadar kemiskinan tertinggi, ibu tunggal paling ramai, bantuan pusat yang berbillion ringgit setiap tahun..bla,bla,bla.. sehingga segala bentuk provokasi di letak di atas setiap bahu rakyat negeri ini.  Lahir terus dapat status ini cuma tak tulis kat atas ic jer.

Sekiranya anda membesar di negeri pantai timur ini, anda turut sama terasa. Iyanya macam dicop atas dahi cuma tidak bertanda saja. Aku tak nak mengarut politik sini. Cuma bila meningkat dewasa dan memilih perniagaan asas kerjaya, aku perasan komuniti peniaga mempunyai satu pandangan lain terhadap rakyat negeri ini.

Sekiranya stigma lelaki kelantan jenis malas berkerja cuba diketengahkan oleh mereka yang tak bertanggjawab. Namun bagi komuniti peniaga mereka melihat orang lelaki kelantan paling rajin berusaha. Mungkin anda tengok golongan hawa mendominasi pasar basah di sekitar kelantan, cuba ringankan mulut tanya suami diorang kerja apa.. kalau tak tukang rumah, mungkin kontraktor kelas F.

Di kelantan bisnes sekunder seperti ini diserah kepada golongan wanita kerana mudah serta sesuai untuk golongan ini. Iyalah bisnes jual ikan kering, kueh mueh, sayur dan pakaian biasa wanita yang urus salah satu sebabnya target pasaran pun pelanggan wanita.

Cuba tengok kat pasar tu yang jual daging lembu, ikan atau ayam baru lah nampak batang hidung lelaki. Kerja nak perlu kudrat sebegini lebih layak untuk lelaki.

Aku sendiri terlibat dengan industri aquakultur yang jarang diceburi oleh rakyat negara ini. Kadang kala ada sebutan bahasa industri ini yang orang tak pernah dengar bila kita cakap. Jadi bila mana terlibat dalam bidang ini jaringan perniagaan agak luas dengan rakan niaga baik dalam atau luar negara.

Bila mana aku sendiri terlibat dengan beberapa projek yang hanya bermula di Kelantan kemudian menjadi trend di luar kelantan sana. Disamping ada beberapa penggunaan teknologi maju dari luar negara yang hanya banyak dipraktikan di sekitar daerah tempat aku ni. Ini dikuatkan lagi dengan cerita kawan-kawan yang merantau berkerja di luar kelantan berkenaan tempat dan penggunaan pakai teknologi di sana.

Aku boleh buat satu kesimpulan.. rakyat kelantan antara paling terbuka menerima perubahan.

Jadi di kalangan komuniti peniaga malaysia khusus bangsa cina diorang agak hormati orang kelantan kerana orang kelantan boleh menembusi dominasi diorang dalam beberapa bidang di negeri ini.

Aku tengok ini banyak dibantu oleh sifat asas keusahawan yang banyak menjadi teras pegangan rakyat negeri ini. Atau ini mungkin salah satu kesan perang saikologi kerajaan ke atas rakyat kelantan selama 20 tahun ini.

Friday, December 10, 2010

web/blog sampah antara kesan kemajuan teknologi cms: menyampahkan

Tadi aku duk cari info berkenaan untuk aktifkan maybank2u bagi akaun syarikat. Dari segi buka acc semasa, CA syarikat aku sendiri dah ada pengalaman cuma bab aktifkan internet banking ini belum pernah buat.

Dah jadi perangai aku, buat R&D serba sedikit sebelum pi jumpa pihak berkaitan. Paling kurang kita tak lah kena kelentong, tambah-tambah duk kampung. Ini aku perasan, kalau borak-borak dengan mana officer ni lepas korang cakap atau terkeluar ayat ' saya ada rujuk kat internet..bla bla.' mesti diorang lain selalu.

Tak semua tapi kebanyakan gitu lah.

Jadi aku pun tanya syeikh google kata kunci ni: buka maybank2u untuk akaun syarikat. Maka keluar la senarai web cam biasa, cuma aku selalu perasan kalau kata kunci popular mesti terkena wabak internet ini. Web sampah.

Satu yang aku menyampah sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, sejak teknologi cms bertambah maju. Maka banyak wujudnya blog/web sampah macam ini. Buat rugi bandwith celcom bb aku dan masa aku jer. Jadi tambah satu kerja pula nak tapis benda-benda cam ni. Ok.

Kenapa aku panggil web sampah, sebab diorang kebanyakan letak kata kunci untuk enjin carian. Tujuan naikkan rating blog hasilnya pungutan iklan pun meningkat. Pembaca pun bosan.

Ini web indo tak silap, mat² indo bisa bab cam ni.


korang tak menyampah ke ?

Tuesday, December 7, 2010

6 perkara yang anda patut sedia sekiranya berhajat balik menetap di kampung

Hampir majoriti kebanyakkan anak muda sekarang lepas grad  bekerja di bandar. Jadi mana yang pernah berkerja atau tinggal di bandar, berhajat untuk pulang balik menetap di kampung. Ini antara perkara yang anda mungkin tidak jangka kerana ramai menyangka hidup di kampung lebih indah. Pekiraan anda tidak silap cuma kurang tepat saja.

Sini cuba aku kongsi serba sedikit apa yang aku rasa patut dikongsikan. Aku perasan benda ini jarang orang  nak cakap mungkin ramai anggap perkara sebegini mendedahkan keburukan saja. Bagi aku ianya cuma satu kelemahan yang boleh dibaiki.

  1. Semua benda jadi perlahan. memilih untuk menetap di kampung bererti anda pilih satu langkah ke belakang sebenarnya. Hidup di kampung tak nafi tenang tapinya disertai dengan sikap yang perlahan dan kurang efesien. Tak caya cuba berurusan dengan mana-mana kuanter bank atau pejabat, jelas beza dengan bandar. Ini akan membuatkan anda pada mula-mula protes terhadap sikap sebegini namum lama kelamaan anda pun terikut-ikut sikap ini. Aku mula-mula naik geram juga.
  2. Kemudahan yang terhad. Sukar untuk dapatkan keperluan terkini antaranya talian jalur lebar walaupun sudah 4-5 tahun dipakai di bandar, belum kelihatan untuk dipasang di kampung. Kalau nak kena usaha lebih sedikit, aku pernah ambil dan pacak sendiri tiang telefon sampai 5 batang semata-mata nak line streamyx. Gila kan tapi itu realitinya.
  3. Kurang pilihan. Sekiranya anda jenis kaki shopping, hidup di kampung membuatkan anda lebih ringkas dalam membuat keputusan, salah satu sebabnya kurang pilihan baik kedai atau barangan.
  4. Lingkungan kawan terhad. tidak seperti tinggal di bandar, kita mempunyai ramai kawan baik satu pejabat, taman dan satu hobi. Golongan muda terasa benar kekurangan ini. Ini merugikan anda dari satu segi untuk terdedah kepada benda atau peluang baru.
  5. Kos meningkat dan banyak buang masa. Ini melibatkan urusan rasmi atau bank. Kerana kebanyakan lokasi nereka ini terletak di bandar anda terpaksa mengeluarkan kos yang lebih untuk ke sana. Kalau duk di bandar nak tak perlu buang duit kepada benda merapu ini,  selain terpaksa membuang masa anda.
    Benda ini bagi aku paling merugikan, diburukkan lagi dengan lokasi ibu negeri yang tidak seimbang, kalau letak kat tengah-tengah negeri senangkan. Begitu juga dengan harga barang keperluan harian ada beza dengan bandar, mungkin faktor kos pengangkutan yang terpaksa dialih kepada pengguna.
  6. Pemikiran lebih tertutup. Ini beza budaya yang paling ketara aku tengok, kalau korang tinggal di kampung yang bercakap gaya fikiran orang bandar silap-silap kena maki. Mungkin taburan golongan berumur tinggi menyebabkan perkara ini terjadi. Orang tua mana lah suka terima perubahan. Hati-hati bila berkomunikasi dengan orang kampung. Aku pernah kena kes tegur budak nakal, siap suami isteri dia 'sound' balik aku. Malu juga niat kita baik.
    Jadi satu perkara aku belajar dari sini, jangan cuba bercakap benda yang terlampau maju ke depan, diorang tak tangkap. Korang kena tolak 2 tahun ke belakang paling kurang kalau nak borak-borak juga.
Mungkin 6 perkara ini menjadikan kenapa ramai memilih kampung sekadar tempat pilihan di masa bersara nati. Sebab itu bila tanya kawan-kawan aku ramai beri seribu satu alasan sebab apa liat sangat nak balik menetap di kampung.

Benda ini terdetik aku nak kongsikan bila sembang dengan sorang abang kawan baik aku. Dia berhajat nak balik menetap di kampung dari KL dan siap cakap berapi-api perancangannya. Aku cuma bagi tips kat dia -semua lain belaka dari apa kita jangka.

satu lagi aku cakap kat kawan aku ' duk kampung nak cari jodoh pun susah.. tak banyak pilihan'..hehe

Monday, December 6, 2010

Tips cara-cara masukkan duit di mesin deposit: 3 langkah anda patut tahu

Bosan duit kena tendang kat mesin depo, sila baca kisah di bawah.

Semalam aku depo duit kat 2 mesin atm satu kat agrobank dan satu lagi kat maybank. Aku perasan semasa proses depo tu, uncle dan kakak sebelah aku 2-3 kali asyik kena tendang balik duit oleh mesin depo tu.Aku biasa jenis suka perati tengok perangai orang. Banyak kali juga diorang keluar masuk balik duit baru lah mesin tu telan semua.

Mungkin diorang tak tahu lagi cara betul masuk duit kat mesin deposit.

Lepas tu aku pi singgah cimbbank, jumpa member sana. Kawan aku pun asyik kena tendang balik duit.

Aku pun menyampuk ' mai aku tunjuk teknik rahsia masuk duit ke perut mesin depo ni'

Sekali masuk terus semua kena telan. setel.

Dia pun balas ' owh gitu caranya, kawe pun tak tahu'

Teknik inilah hasil perhatian aku, kat seorang mamat ni semasa deposit di cimbbank depan KBmall. Mesin tu jenis susah betul telan duit, siap ada awek sorang tu cakap, bang jangan pakai mesin tu..menyusahkan. Tapi aku tengok mamat ni, rileks jer pakai mesin tu. Tengok gayanya macam ceti, ada beg galas kecil. Duit berkempul-kempul duk depo, akhir sekali dia berjaya depokan semua duit.

Kagum sekejap aku, kerana beliau dapat takluk mesin tu. Susah juga sebenarnya.

susun betul

Lepas aku pakai teknik ini terbukti berkesan dalam elak @ kurang kena tendang balik duit.

ok caranya macam ni:

1. Ok cam biasa. Anda pastikan duit tu tidak berlipat

2. Kalau boleh susun duit ikut susunan dia. jangan terbalik sana sini.

3. Ini paling penting. Duit tu anda kena lipat tengah-tengah, biar dia jadi macam huruf v. Lepas tu betulkan balik baru masuk dalam perut mesin deposit.



lipat tengah jadi bentuk v

No 3 tu paling jarang orang tahu. Kalau hang pi tanya orang bank pun dia akan ajar macam tu juga.

Dalam banyak-banyak mesin deposit, setakat ini aku rasa bank muamalat paling cepat dan tak banyak songeh. No 2 publicbank dan juara paling banyak tanya mesin depo agrobank.. macam pak guard pula.

Diharap dengan tips anda boleh kurang masa duk melekat kat mesin depo tu.

Blog List