Seminggu dua ni aku, mula pegang balik pekakas kebun - parang, cangkul, mesin rumput dan pam racun.
Ni duk pegang mouse je, yang ini tentu boleh keluar peluh sikit. Aku ajak member aku sekor ni hiking sekitar bukit sini. Macam-macam alasan dibaginya. Letih aku urusan dengan orang macam ni. Bila aktiviti kardiol tiada, susah nak maintain stamina macam ni. Otak pun satu hal jadi lembap.
---Gila meracun---
Belah petang kalau meracun rumput dapatlah 2 pom (tangki) sampai magrib. Itu pun dah lenguh tangan kayuh pamnya. Orang kampong skill-skill macam ni kena tau, kalau tak macam mana panggil budak kampung.
Pendek kata - aku petang-petang sekarang duk main dalam semak samun.
Published with Blogger-droid v2.0.1
No comments:
Post a Comment