Dalam masa 2 tahun lebih ni, aku belajar satu perkara penting - jangan buat lembik tengkok dengan kawan-kawan. Atau bahasa mudah, jangan mudah bagi pertolongan free kat diorang ni.
2 sebab aku kata cam ni:
Kisah 1- aku cuba bangunkan web komuniti sini, semua aku bagi free -dari setup web, hosting, domain, menulis hingga laa design. Tapi bila minta tolong/sumbang sikit sini, macam-macam alasan bagi. Ok, tahun lepas aku tutup terus web tu. Done.
Kisah 2 - sambil tu, aku juga setup satu blog bagi geng kelas aku. Semua free macam tadi. Siap hari-hari duk chat situ. Tapi, macam biasa bila minta sumbang artikel/support situ. Semua bagi alasan tiada masa/sibuk. Tapi kat fb hari-hari ada. Ok, aku ambil keputusan abandon terus bog tu, siap bagi sebijik last artikel yang 'merah batang hidup' klu diorang baca. Done.
Jadi 2 kes ini, jadi pengajaran besar buat aku. Bagaimana nak deal dengan betul ngam kawan-kawan ni. Sebenarnya, mudah je kena buat macam mereka juga ni - pentingkan diri sendiri.
Kena berkira-kira. Bawa haluan sendiri dan satu usah ambil tahu pun hal mereka ni. Barulah semua sedar penting menyumbang dalam hidup berkomuniti ni.
hmmmm...
ReplyDeleteorg akan bagi alasan utk menutup kesilapan..
tp jarang org mengaku kesilapan utk membaiki kelemahan itu..