terliurkan tengok benda ini..
Sekiranya ada akaun syarikat tapi inginkan kemudahan maybank2u, tetapi bagaimana cara untuk dapatnya. Mesti peningkan, sebab tak ramai yang tahu dan sedia berkongsi benda ini.
Ok sini saya akan kongsi serba sedikit pengalaman buat benda ini dengan rakan² usahawan di luar sana. Sebab saya tak nak anda jadi macam saya sebelum ini, buang masa google sana sini dan duk sesat dalam web maybank tu.
Bagi pemegang mana-mana akaun bank sekarang perbankan internet sudah menjadi keperluan. Bank di Malaysia ini, yang tiada internet banking dah jatuh dalam second class bank bagi pengguna.
Betulkan ?
Ramai sebenarnya tak tahu rupa-rupannya pemegang akaun perniagaan: milikan tunggal atau milik perkongsian boleh guna pakai kemudahan maybank2u ini. Maksud saya di sini, syarikat kecil di sini dengan hujung nama tu..
enterprise, resources bukannya
sdn bhd atau
berhad.
Untuk syarikat Sendirian Berhad dan Berhad anda perlu pakai maybank2e.net.. bayar bulan-bulan pun basic fee 50ringgit. Tapi fungsinya lagi canggih, contohnya boleh buat bayar gaji pekerja beratus orang.
Macam kereta lah lagi mahal lagi sedap naik.
OK pertama sekali masa buka akaun tu, minta satu borang permohonan khas untuk internet banking. Benda ini kalau korang tak tanya, pengawai bank itu tak offer sebab jarang-jarang orang buat benda ini.
Mr Wong otai maybank Tanah Merah
Kecuali kalau pengawai yang urus bahagian pembukan akaun perniagaan itu jenis berpengalaman macam kes aku. Mr wong kat cawangan Tanah Merah ini, sangat jelas penerangannya. Satu lagi aku perasan jenis cina kelantan kebanyakan jenis macam tu petah bercakap. Sesuatu yang positif sebenarnya.
Tapi sayang masa proses akaun aku ini, beliau ditugaskan tukar ke cawangan Besut. Aku suka berurusan dengan jenis orang cam ni suka bercerita walaupun perkara itu tak ditanya pun. Jadi kita pun nampak lagi jelas sesuatu benda tu.
Mandate letter
taip sebiji-bijik- pesan mr wong
Ok selepas dapat borang tu, anda hanya perlu tanda tangan dah cop di situ. Kemudian anda diberikan contoh surat mandat @mandate letter.
Surat ini anda kena tiru sebiji-biji, masuk nama operator kat situ dan cetak. Kemudian beli setem hasil 10 ringgit tepek kat sebelah atas kanan surat dan pergi matikan setem di jabatan hasil.
Surat ini, jelaskan siapa operator yang diberi hak untuk guna maybank2u sebab bagi perniagaan milik perkongsian benda ini perlu.
Melainkan daftar niaga anda milik tunggal tak perlu buat benda ini. Banyak kelebihan betul pemilik tunggal ni aku perasan bila masuk bab-bab macam ini.
Masalah akan timbul..
Macam kes aku, ic boss aku (ayah) tak boleh baca. Jadi kena buat buat ic baru balik. Ic saja makan masa sebulan lebih. Campur pergi mari sana sini... hari ini 13 haribulan, total genap 3 bulan baru siap akaun syarikat ini.
Tips dari Mr Wong, elakkan amal letak sekali ic dengan kad atm bank dalam wallet anda, sebab semua kad ini jenis magnetik. Dia kacau sama sendiri.
Mandate letter ini akan diserahkan sekali semasa proses pembukaan akaun. Perkara ini akan diproses sekali semuanya. Tapi jangan lupa sedia duit deposit RM 2000.
Lebih kurang seminggu biasanya kalau semua benda setel anda diberi no acc, buku cek (tolak RM 15) dan no akses maybank2u serta temporary password.
Pertama kali login maybank2u
Jangan lupa masa pertama kali login tu ambil 'first login' kalau ambil login biasa, sampai kiamat pun tak dapat masuk dalam tu. Lepas tu terus anda bawakan ke laman create username dan password baru untuk login. Ini sama dengan proses maybank2u biasa.
Tadi masa aku pergi ambil buku cek dan akses nombor maybank2u.
Ini buat pertama kali aku tak kena time diorang lunch, sebelum ni tiap kali datang mesti kena menunggu. Aku baru perasan pengawai maybank sini gilir-gilir masa rehat biasanya pukul 2 ptg ke 3 ptg atau awal lagi sekitar 12 tengah hari.
Dengan adanya akses maybank2u anda jimat banyak dari segi buang masa beratur kat kuanter dan minyak kereta untuk ke bank. Kebiasanya kemudahan ini diberikan sekali dengan phone banking.
Puas hati betul dapat setel benda ini.
Nanti aku akan kongsikan perbezaan maybank2u akaun perniagaan dengan akaun biasa.
## kemaskini terbaru
bagi yang ada masalah dalam buka m2u kat cawangan anda buka. Cara nak setel - sila call ibu pejabat maybank KL terus, tak payah buang masa ulang alik situ.
Sebab aku sendiri dah terkena dalam kes ini, dengan cawangan maybank Tanah Merah sini. Hampir 4 bulan baru setel. Itu pun, bila aku call KL sana.