Saturday, December 18, 2010

anda sedang cari buku kenal diri, saya ada tempatnya

Susah mencari bahan bacaan untuk ilmu tarikat. Bagi yang ingin mendalami salah satu cabang ilmu agama ini, di Malaysia bahan bacaan sebegini agak sukar untuk didapati pada masa sekarang. Tambahan sesetengah-tengah ajaran sufi ini telah difatwakan sesat kerana tidak sesuai dengan budaya orang kita di sini.

Aku ada terjumpa lokasi yang menjual buku sebegini secara kebetulan.

 Mengenali Diri & Wali Allah, antara yang mencuri perhatian di pekan Muduk

Semalam satu hari suntuk aku kat belah Thailand sana, di sekitar bandar/pekan tepi sempadan. Atas urusan perniagaan. Aku sempat singgah kat salah sebuah pekan tepi sempadan paling top kalau nak membeli belah sebelah kelantan sini. Pekan Munok atau orang kelate panggil Muduk.

Sehinggakan ramai orang luar kelantan pun turut datang sini, cuma nasihat aku kalau nak datang bawa kawan-kawan orang kelate kalau tak anda kena sembelih nati masa beli. Sini syurga beli belah bagi golongan ibu. Kedai periuk, pinggan, kuali, senduk sundip hinggalah kepada bapak kawah untuk kacau bubur asyura pun ada jual.

Tips dari aku, kalau singgah pekan ini

  1. Cuba rasa laksam kuah siam, kedai makan paling hujung sebelah kanan jalan sebelah kedai jual periuk kuali. Sedak dan unik rasanya lain dari laksa kelantan. Ini pun kawan yang biasa belah sini cadangkan.
  2. Pakai selipar/sandel sebab pekan belah Thai ni atas tanah merah macam tu bukan bersimen atau batu macam tempat kita. Kena macam semalam hari hujan, becak habis.

Gerai buku

Dalam banyak kedai aku tertarik pada sebuah gerai kecil jual buku. Wah sini pun ada jual buku juga. Aku pantang ada kedai buku mesti nak singgap cuci mata jap. Dah tentu-tentu sini buku agama saja yang dipamerkan. Kawasan belah Pattani sini, pegangan orang melayu terhadap sistem pendidikan islam khusus sistem pondok masih kuat.

Rata-rata buku ditulis dalam jawi dan siam. Yang tulisan rumi kebanyakan buku belah Malaysia kita. Dalam banyak-banyak buku agama tu aku tertarik pada, sebuah buku ini. Sebab aku pernah tengok dalam koleksi seorang pengamal ilmu kenal diri masa kat KL dulu. Bila perati betul-betul, iya kofem buku tu.

Ini antara buku popular bagi yang mendalami ilmu kenal diri. Biasa buku ni golongan 40-an ke atas yang baca. Jadi aku pun tanya harga dan sambar satu. Ada 2 versi, satu rumi dan satu jawi. Tak silap buku ini diharamkan di Malaysia. Kalau ada pun tempat-tempat cam ni dan tak silap kat kedai buku jaafar rawas kat KB pun ada jual jugak. Rezeki.

Kat belah Thai sini buku-buku cam ni tiada masalah untuk didapati, sebab bukannya terikat dengan undang-undang Malaysia sana.

Banyak buku agama dalam tulisan siam, tapi sayangnya aku tak reti bahasa ni walaupun kat uni dulu pernah ambil krusus bahasa ini. Kalau yang jenis lidah lembut aku rasa hang boleh ambil krusus ini. Cina kebanyakkan yang amek kerana sebutan diorang lebih kurang sama.

Orang pergi pekan Muduk beli beras atau periuk belanga, aku pula selamba beli buku kenal diri. Siap kawan aku tengok pelik semacam. Dia pun ada kata, ayahnya pun ada sebiji buku ini tapi yang tulis jawi. Rupanya orang dulu ramai yang belajar ilmu ini sebegini dalam melengkapi diri.

Buku sebegini pada pandangan aku, tak salah dibaca boleh untuk tambah pengetahuan tapi kalau nak beramal kena cari guru yang layak. Kerana silap-silap boleh mereng kepala otak hang nati.

Betul ke cabang sufi ini wujud ?

Aku pernah sembang-sembang dengan mereka yang dalam bidang ini, nasihat dia tak semua orang dipilih melalui jalan sufi ini. Kerana kita masing-masing ada cara untuk beramal ibadah. Sekira tidak sesuai dengan jalan sufi, kita pakai jalan syariat biasa iaitu sembahyang, puasa, haji. Islam itu tidak merumitkan umatnya.

Kerana bagi bagi yang amal tarikat mereka pun tetap beramal ibadat macam orang normal lain. Mereka tetap menjalani rutin manusia biasa kahwin, ada anak bini, anak masuk sekolah dan berkerja nak sara keluarga.  Aku tengok nasihat lagu ni logik juga diterima akal. Sebab sekarang ramai dah melalut tak tahu mana arah, cuba mendalami ilmu sebegini.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. di mana sya bleh dptkan buku ni dan berapa harganya? berminat untuk mmbaca

azka said...

kedai-kedai buku agama ada, nak senang time ceramah-ceramah pas, biasa gerai jualan sana ada. terbaru saya tengok kat Machang, masa ceramah DSAi baru-baru ni.

Blog List