Wednesday, March 31, 2010

account maybank2u hati-hati, setan-setan internet berlambak-lambak

sebelum ni aku hanya ada baca kat blogger lain tentang emel fraud maybank2u. sejak akhir-akhir ini emel aku turut sama jadi mangsa. banyak masuk kat spam box.

setan-setan ni memang 'pro' sekali tengok address email sebijik dari maybank. kofem ramai kena tipu kalu tak hati-hati. klu jenis berhati-hati tak kisah sangat sebab dalam m2u sebenarnya dah ada sistem email dia sendiri. tapi aku rasa mesti ada yang terkena dalam ramai2.

sini aku tepek gambar emel tu (cuba tengok betul-betul alamat emel tu):

Monday, March 29, 2010

blackberry, smartphone kat malaysia: barangan kawalan

baru-baru ini, aku ada teman kawan cari satu blackberry kat kb. rasanya ada dah artikel sebelum ni aku cerita sedikit. cuma di sini aku nak ulang balik, klu hang jenis tak bercakap banyak-banyak baik tok sah berangan nak pakai. rugi kat pakej merapu-rapu dia.

seingat aku pakej blackberry untuk celcom paling murah 180 ringgit. hp kat 1.6k tu pon kena tunggu 2 minggu. mahal murah tepo tu aku tak boleh pertikai sangat, nama pon smartphone.cuma pakej tu agak merapu bagi golongan pengguna biasa,180 inggit dengan :

Sunday, March 28, 2010

minda peniaga: perkara paling penting sebelum kamu jadi seorang peniaga

minda peniaga.

perkara ini bagi aku sangat penting sekiranya kamu nak jadi peniaga. sebab aku tengok sorang kawan aku, dia mekanik pandai beki keta, pendek kata enjin dalam kepala. tapi masih tak yakin nak buka bengkel walaupun dah 2-3 orang offer dia buka bengkel kereta. dah hampir setahun offer.

sebab apa?

sebab utamanya, dia masih berminda seorang pekerja bukan minda boss. selagi benda ini dia tidak buang dalam kepalanya selagi itu tidak mampu untuk berniaga. apa itu minda berniaga.

Friday, March 26, 2010

ramai sekadar pikir untuk niaga, tapi tidak buat... kenapa ?

kalau dirujuk tajuk atas, mesti ramai mempunyai angan-angan untuk berniaga suatu hari nati..... tapi sapa bila?

selepas grad dulu, pernah kawan-kawan aku tanya nak kerja apa. aku terus cakap kerja sendiri!. sapakan ada yang tanya balik apasal tak makan gaji dulu buat modal niaga nati. aku jawab, susah kalau buat dua perkara dalam satu-satu masa. kita hilang fokus, silap-silap lingkup perniagaan kita.

apa yang nak ditakut sangat dengan berniaga. risiko dan ganjaran tetap ada.

Thursday, March 18, 2010

kerenah pelanggan, tabiat menarik untuk dikaji dan perlu ambil tahu

kalu hang penjual, hang akan berjumpa bermacam-macam ragam pelanggan. ada ke hulu ada ke hilir. petang tadi ada seorang pelanggan, lelaki baya setengah abad dah umurnya. dia tanya ada tak barang, aku cakap ada. lepas tu abes-abes nak tengok, dia tanya camana, aku cakap rupa barang besar tu panjang mana. dia cakap balik nak tengok juga.

Tuesday, March 16, 2010

tips berniaga: kenapa perlunya stok barang jualan sentiasa ada

ahad baru ni, aku teman kawan cari blackberry kat kota bharu. pusing - pusing satu kb, akhirnya kena pi celcom kb juga. semua tempat tak der stok. kat celcom ni pon kena booking 2 minggu baru dapat. dah lah pakej celcom blackberry ni merapu-rapu.

setengah bulan kena tunggu, macam nak beli kereta plak, harganya boleh tahan, cukup untuk 3 bulan ansurans wira. aku pon pelik, besar - besar celcom kb pon tak berani simpan stok.

Sunday, March 14, 2010

google bukan sekadar email atau blogger, besar dari jangkaan aku

seminggu dua ni, aku mendalami dunia google.

untuk itu aku angkat domain satu kat google apps, saja buat syarat rajin godek2 sini.

sekiranya anda ada buat web, elok berbaik-baik lah dengan syeikh google ini, banyak faedahnya. 

google apps betul-betul menyenangkan aku, rupanya sama dengan gmail cuma beza pakai domain sendiri. dalam duk belajar google apps ni, aku baru betul-betul tahu google terlampau besar, terlampau dominan. menguasai hampir tamadun internet manusia. bukan sekadar gmail atau blogger.

Saturday, March 13, 2010

aku paling tak suka, kalu perkara di bawah ini berlaku.

lain orang lain pantang dirinya.

aku paling tak boleh blah, masa tido waktu petang ada orang call. kofem aku tak akan angkat. sebabnya masa ini mamai tahap tinggi. campur dengan penin. tambahan masa tengah tido ada orang datang. lagi - lagi lepas asar. masa bangun tu rasa macam baru lepas perang dalam kepala.

sejarahnya bermula....

Thursday, March 11, 2010

satu-satunya perkara, yang buatkan anda hormat pada kawan

hormat.

lain orang lain faktor diambil kira untuk hormat kepada seseorang itu. sejak kecil-kecil dulu seperti kebanyakan kanak-kanak lain aku hormat seorang itu sebab tua atau kaya. biasa lah budak-budak lagi.

bila dah dewasa, berkawan dan bercampur macam-macam. rasa hormat atau respect aku terhadap seorang kawan itu kerana prinsip hidup dia. aku tak kisah baik dia miskin atau kaya. orang jenis ada pegangan atau tidak.

itu yang aku rasa layak untuk direspect baik sebagai seorang kawan. tambah-tambah sebagai lelaki.

kebanyakan kawan sekitar aku, masa bercakap berapi-api itu. tapi bila ada 2 perkara ini semua jadi terbalik:
    1. perempuan
    2. wang atau harta
    ramai kawan-kawan aku berubah kerana no 1, sekiranya sebelum ini keras, bila ada perempuan lembik jer. umpama lalang ditiup. kata orang jer lebih.

    orang macam ni' jenis tak makan siku' - cop kawan aku.

    orang macam ini, aku sekadar bertegur sapa sahaja selepas itu. slow, tak berkawan macam dulu-dulu.

    satu lagi no 2. bila dah berharta sedikit. banyak sifat sebenar diorang akan nampak.

    bagi aku,

    cakap lain buat lain atau orang tiada prinsip untuk dipegang, tidak layak untuk di'respect'.

    Tuesday, March 9, 2010

    bagaimana nak buat senarai email dalam csv file, untuk import ke dalam contact email

    aku duk pening nak buat senarai emel dari comenter blog, kalu seorang dua tak kisah, main beratus tak larat nak buka satu-satu.

    selepas berjaya extract senarai emel tu pakai plugin tertentu. lepas tu kena paste dalam excel, aku guna excell 2007. jadi untuk export senarai emel banyak ke dalam mana email seperti gmail atau yahoo dia akan minta file csv.

    aku duk baca tutorial mat saleh pon tak lengkap juga, jadi ni hasil test and error aku lakukan. bagi yang ada masalah seperti ini, jangan rungsing. cuba ikut step ni.

    1. copy nama emel ke dalam excel.
    2. buang sheet kat bawah tu, default biasa ada 2 sheet kosong lagi. tinggal satu jer.
    3. kolum atas sekali, isi dengan email address dan bagi kalar kelabu sket
    4. had senarai kepada 200 sahaja, limit dia 240, nati buat satu file baru lagi untuk nama selebihnya. mula-mula tu aku taruh semua sekali, gmail tak support file csv tu. rupanya limit dia 240 sahaja.
    5. lepas tu save as, amek csv. klip yes aja.
    6. nati siap file cvs. boleh export ke dalam mana-mana email client- gmai, yahoo.

    diharap ini membantu.

    Monday, March 8, 2010

    berniaga bila dah stabil, jual apa-apa pun orang beli

    ini perhatian aku bila membeli barang bersama kawan di kedai cina di sekitar kb atau tanah merah. bila dah lama berniaga hang jual apa pun orang percaya @ beli. tak percaya cuba tengok kedai-kedai cina, kadang-kadang barang cap merapu-merapu diorang letak. tapi tetap ada orang beli.

    baru ini aku ada singgah kedai barang aksesori kereta, member aku beli tinted film untuk tinted kereta. aku sahaja lepak-lepak tengok barang situ. mata aku terlihat satu kotak barang, cap ' product asia made'. sekali tengok lucu.

    sekarang ni musim panas.hot sana sini.
    'sebenarnya banyak juga barang-barang merapu bagi orang biasa kedai ini taruk' aku perati sambil lepak bawah kipas.

    entah apa produk tu, mengarut je tengok kotak dia. tapi aku percaya satu hari nanti tetap ada orang beli. sebab apa, sebab cina ni dah berniaga berapa keturunan, jadi sebenarnya dia menjual kenyakinan kepada pelangan sahaja.

    cuba kotak tu letak di kedai baru buka, silap-silap jual dengan kedai.

    pentingnya kedai bagi satu perniagaan

    ada kawan aku menyatakan, tak perlu sangat kedai untuk berniaga. dari rumah pon boleh. benda ini dipersetujui oleh sebahagian pakar peniagaan internet. kedai mereka ialah dot com.

    tapi bagi aku, kedai memang penting. biar apa orang kata. kedai dan lokasi ada key utama berniaga. lebih-lebih lagi perniagaan kovensional. perkara ini aku sedari dari pengalaman sendiri, urus perniagaan femili.

    benda sebegini anda akan sedari bila mana perniagaan anda semakin besar. begitu lah keadaan sebenarnya seperti mana sistem perniagaan yang kita nampak sekarang ini.

    sebab apa aku kata kedai tu penting dan kena ada,
    1. nampak tanda anda berniaga dalam erti kata sebenar
    2. tempat rujukan dan tumpuan segala urusan perniagaan anda
    3. tempat pamer stok barang atau produk
    4. nampak profesional
    5. dan itulah sebenarnya cara penerimaan masyarakat terhadap sesuatu produk.
    aku ada menyatakan kepada kawan aku yang buka bisnes advertising ' sebenar berniaga ini kemahiran kita memberi keyakinan kepada pelangan tentang produk kita'.

    cuba hang perati tengok betul tak apa aku cakap ni.

      Thursday, March 4, 2010

      beza pompuan cantek atau tidak, kat mana?

      ni ringkas perbualan aku dengan member aku din sambil tunggu member aku sekor lagi duk bergayut di rumah bakal pak mentuanya.

      ini antara situasi aku paling benci dan banyak kali dah kena masa studi dulu. tunggu member, member plak tak ingat dunia ngam awek.

      sebab tiada apa benda nak borak dalam keta, jadi dia terkeluar topik ni.

      kar ' beza oghe tino comey atau tak, senang jah. putih atau tidak kulit orang pompuan tue! klu puteh gap memey lawa laa kito nampok.

      gila bernas pendapat din ni.

      'tapi klu kita perati tengok betul-betul sebenarnya sama jah orang tino kulit gelap dengan kulit putih' sambung dia lagi.

      bila pikir balik memang tepat 110% dengan keadaan sekarang. ini pun merujuk kepada kes member aku yang sedang kami tunggu sebab awek baru dia berkulit cerah sedikit, patut dia gila semacam jer.

      kadang-kadang fakta sebegini jarang orang nak bercakap secara direct. lagi pon si tokey ayam din ni banyak bergaul dan dia pon jenis cakap terus terang.

      Blog List