Saturday, November 1, 2014

jauh hanyut berbasikal

Betul kata orang tak kenal maka tak cinta.. keke

Tahun 2014 ni, tahun berbasikal buat aku. Main sampai tahap kronik. Kejar jamboree macam orang gila.Tak kira belah bumi Siam/ Malaysia makan dua-dua. Pengalaman bro, mahal. Hanya kena lalu baru merasa.

Duit tok soh cakap macam air keluar. Mujur bujang, senang pulun benda gini. Kalau ada bini, pandai-pandai korang kelentong. Ini berdasarkan realiti kawan yang berkeluarga bila main basikal gini jadi.

Sanggup tipu bini dan mentua semata-mata nak beli basikal. Real. Ada pujuk memujuk dengan gelang emas, baru lepas akat basikal. Pelik kan tapi itu lah realitinya. Orang perempuan ni kompleks betul.

Aku selalu berdoa, agar nanti dapat teman hidup yang faham jiwa kita. Tak serabut hidup asyik nak menipu.

Hobi priceless.. member aku selalu khutbah ayat gini.



Rata-rata kawan basikal aku jumpa, golongan 40 an ke atas. Paling ramai, di umur senja (50-60an) sepatut bermain dengan cucu tapi kayuh gagah dari aku lagi. Biasa geng belah Thailand ramai orang tua, tapi yang tak tahan depa suka masuk jamboree. Laju macam pelesit bawa basikal.
Team Maeseang Sungai Golok
Selain jamboree, aku plan nak delevop trails baru di sekitar kampung ni. 1st level develop komuniti basikal di sini, semua setuju tubuh Jeliriders. Tipikal orang kita, mesti kena buat jersi dan logo cantik-cantik..haha. Yang tak tahan, sampai budak UMK Jeli pon joint masuk. Meriah tok soh cakap, tiap kali redah trek baru, kofem ada pancit heret kaki.


Level 2nd: Tak cukup dengan jamboree, kitorang cuba nasib main downhill pulak. Tebas, tebang kayu buat launcher. Habis tanah orang kampung. Terang benderang semak hutan.

Lompat bang. Biar basikal biasa, tapi trek tu kena luar biasa skit. Haha. Dapat kawan-kawan separuh gila ni best jugak.



Cuma ada juga terpikir.. kenapa lah segila ini aku main basikal. Huru hara hidup sepanjang 2014 ni. Selalu niat nak slow down, tapi tiap kali niat tu mesti ada plan best.

Ni dah mula gila touring bike. Sebetulnya ini lah niat asal aku main basikal. Kunun-kunun nak travel macam mat saleh. Nampak je kool tapi berasap kepala jemur panas bang !


Niat asal main basikal nak kurus jer. Masa mula beli basikal, tokei kedai basikal Sungai Golok cakap 'mung ni gemuk macam BABI!' bunyi macam sial je tapi itu la realiti.

Thursday, April 17, 2014

Hobi baru saya, belajar berbasikal

Kadang kadang hidup ni kena berubah,

orang kata.. move on.

Sebab saya dah bosan dengan rutin harian duk bertukun dalam ofis hadap pc berbelas jam sehari.

Kini saya cuba beralih angin. Belajar berbasikal. Paling senang pickup basikal bukit. Sebab ianya ramai peminat dan senang nak masuk group.

Kenapa pilih berbasikal ?

sebabnya: saya perlu aktiviti kardio, keluar peluh. Dengan umur semakin meningkat, mudah kena penyakit. Berat badan saya dah menghampiri obes. (gemuk gedebuk)

geng berbasikal saya awal-awal. banyak belajar dari depa
Saya harap dapat kekal dengan hobi baru ni

Friday, January 10, 2014

Kita perlu specialist dalam sesuatu bidang untuk berjaya

Zaman ni bukannya zaman kita boleh buat semua benda. Itu hakikatnya.
Dunia sekarang sangat pantas berubah. Kalau anda anggap multi task tu bagus, elok pikir balik.

Mungkin sekarang kita pikir, boleh tahu semua benda. Google kan ada. Tapi hakikatnya ilmu yang dihidangkan kat internet ni, kebanyakan kulit je. Isi kena cari sendiri.

Sebab apa, saya tegaskan benda sebegini.

Sering kali saya terpaksa berhadapan dengan generasi tua, iaitu pada peringkat atuk/ayah kita yang sering beranggapan..alah setakat benda gitu, aku pun pandai. Ini pun aku boleh buat. Namun bila diserahkan untuk mereka buat, banyak rugi lagi pada upah orang.

Tolol. Mereka ini, masih tak sedar kah kita hidup di abad yang pantas berubah.

Bila ada soal saya, kenapa tak buat kerja itu ini. Saya selalu jawap..aku nak buat satu kerja ni je, tak larat nak campur aduk yang lain. Maksud saya, kalau berniaga nak menjual macam-macam pada hal yang bagi untung satu produk je.

Ini silap masyarakat kita, baik dalam berniaga atau bekerja terlampau terkejar-kejar nak cepat kaya. Bukannya nak cepat mahir satu benda. Ilmu kena ada dulu, baru duit ikut belakang.

Untuk 'masak' dalam satu bidang perlukan sekurang 2-3 tahun. Itu pun kira dah cepat. Kalau anda asyik lompat sana sini, bila masa nak lekat satu skill dalam diri. Umur semakin tua. Otak makin lembap, tenaga makin kurang.

Antara yang still dengan kemahiran dibangunkan dari peringkat awal sehingga tempoh 3-4 tahun, telah menjadi specialist dalam bidang masing-masing. Antaranya Pakdi, pakar kewangan Islam di negara ini.

Cuba kita tengok negara maju, depa fokus satu benda je...alah jangan runsing kita pun ikut setapak mereka ini. Tunggu masa je.

siapa laa mahir buat rumah tradisional melayu hobbit ni.. respek boss!



Thursday, June 6, 2013

bagaimana rasa mabuk laut

Rupanya aku baru tahu, betapa kroniknya bila seorang tu kena mabuk laut.

Baru ni kami sempat pi mengail ke laut, tak jauh pun lebih kurang sejam naik bot. Iaitu sekitar tengah jalan nak pi pulau perhentian je. Kebetulan malam tu hujan lebat, esok pagi laut bergelora sikit. Orang sini panggil kucoh, naik bot macam naik 4wd masuk hutan lompat sana sini. Time bot berjalan semua ok lagi. Nak ke power lagi kami hanya naik bot fiber je, kira nak amek lesen besar ke laut. Biasanya orang pancing ni naik bot kayu sewa 7-8 ratus tu. Baru selesa.
semua geleng kepala tengok kitorang newbie pakai bot fiber je..ni kira lesen otai laa

muka excited semua masa mula mula tu

yang baju merah tu dah mabuk laut sepenuh hati...hehe


begini keadaan laut kucoh (bergelora)

best siot mengail ikan kerisi ni..kalau ada 10 mata kail 10 ekor naik

ini hasil tangkapan kami.. rezeki laut


Bila berhenti nak mula mengail, kawan aku seorang ni dah lain macam. Bermula dengan loya nak muntah, termuntah dan muntah lagi dan terus muntah sambung muntah dan muntah. Sambung pula dengan nak terberri  terus lompat terjun melepas je dalam laut, siap 2x pula tu. Lepas tu naik balik sambung muntah lagi dan muntah lagi, sampaikan tiada apa dah nak termuntah aku tengok pun sedih.

Lepas lembik macam ikan kering kena jemur atas bot fiber tu sampailah kitorang balik ke pantai semula. Bila masuk je kuala sungai terus ok. Tapi sedih aku tengok orang mabuk laut ni.

Sebenarnya kronik mabuk laut ni. Baik korang telan ubat mabuk laut walaupun sebijik jangan laa duk tunjuk hero sangat merana wei.

Thursday, May 9, 2013

Sayu bila mana Tok Guru terpaksa 'bersara'

Ini mungkin serba sedikit perasaan yang dirasai oleh para sahabat dan seluruh ummah semasa Abu Bakar dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama.

Sedih + sayu, itulah perasaan seorang anak bila mana melihat seorang ayah yang menjaga mereka selama ini terpaksa pergi.

Sebagai anak jati Kelantan, hampir sebahagian besar membesar di bawah pentadbiran TGNA saya amat terasa 'pemergian' Tok Guru ini. Tanpa susah lelah beliau dan rakan rakan seperjuangan dalam menghidupkan roh Islam di Kelantan ini, mana mungkin kami dapat senang lenang merasai seperti sekarang ini.

Asas asas Islam yang dibangunkan Tok Guru bukan memakan masa sebulan dua. Puluhan tahun, baru sedikit sebanyak zahir dalam kehidupan seharian rakyat. Kelantan bumi serambi Mekah ini, bertuah sejak mula Islam bertapak di sini, Tok Guru/Ulamak diberi kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat jelata memimpin mereka.

Baik dalam suka atau duka. Keberkatan usaha & doa ulamak silam banyak meninggal kesan sehingga kini.

Di Kelantan, lazimnya anak anak sejak kecil selalu diceritakan kepada mereka kisah ulamak silam. Agar jiwa jiwa muda ini turut terpaut dengan roh perjuangan islam. Semoga yang pergi ada penganti.

Blog List