Thursday, May 9, 2013

Sayu bila mana Tok Guru terpaksa 'bersara'

Ini mungkin serba sedikit perasaan yang dirasai oleh para sahabat dan seluruh ummah semasa Abu Bakar dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama.

Sedih + sayu, itulah perasaan seorang anak bila mana melihat seorang ayah yang menjaga mereka selama ini terpaksa pergi.

Sebagai anak jati Kelantan, hampir sebahagian besar membesar di bawah pentadbiran TGNA saya amat terasa 'pemergian' Tok Guru ini. Tanpa susah lelah beliau dan rakan rakan seperjuangan dalam menghidupkan roh Islam di Kelantan ini, mana mungkin kami dapat senang lenang merasai seperti sekarang ini.

Asas asas Islam yang dibangunkan Tok Guru bukan memakan masa sebulan dua. Puluhan tahun, baru sedikit sebanyak zahir dalam kehidupan seharian rakyat. Kelantan bumi serambi Mekah ini, bertuah sejak mula Islam bertapak di sini, Tok Guru/Ulamak diberi kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat jelata memimpin mereka.

Baik dalam suka atau duka. Keberkatan usaha & doa ulamak silam banyak meninggal kesan sehingga kini.

Di Kelantan, lazimnya anak anak sejak kecil selalu diceritakan kepada mereka kisah ulamak silam. Agar jiwa jiwa muda ini turut terpaut dengan roh perjuangan islam. Semoga yang pergi ada penganti.

Monday, April 29, 2013

Pembangunan terpilih masalah politik kita


Dalam awal tahun, saya terpaksa membeli hampir 200 tan batu. Semata-mata untuk baiki jalan ke premis. 200 tan batu, senang cerita dapatlah tabur dalam 0.5 kilometer jalan.

Biasanya bagi yang mula mula lalu jalan ke premis saya, mesti mengeluh jalan huduh berbatu-batu tambah tambah jenis kereta baru sedikit terutamanya yang berbangsa proton/produa. Manja betul depa.

Bila saya minta maaf kat diorang dengan suasana jalan dan terus terang kat sini, ini je kami termampu sediakan. Dengan sebut sedikit angka 200 tan batu, sudah membuat mereka mereka yang mengeluh ini terperanjat. Ada yang terkedu. Yang lucu, ada bertanya betulkan awak buat sendiri jalan ni. Iya lah bro, harap kerajaan lembik macam pisang jer. Jawap selamba saya.

Tapi itu hakikat hidup di Malaysia, pembangunan bersikap terpilih. Untuk rekod parlimen Jeli gah dengan seorang menteri, tapi bagi kami penduduk sini tiada makna bila mana projek pembangunan sekadar komestik. Untuk tujuan bermegah-megah senang cerita.

Tidak sampai ke penduduk yang sepatutnya. Puas sudah saya memohon projek bantuan jalan, semuanya sekadar lulus saja batu sebutir pun tak sampai. Berbanding dengan kerajaan negeri yang dianggap miskin sudi juga beri 20-30 tan batu jalan. Itu bezanya sebuah kerajaan Islam.

Saya sekadar berkongsi serba sedikit kepincangan dalam kerajaan sekarang, sempena hari mengundi yang tinggal beberapa hari lagi.

Sekiranya kita tidak mampu mengubah kerajaan yang ada sekarang, jangan marah anak cucu kita nanti menyumpah seranah datuk neneknya disebabkan bebanan yang terpaksa mereka akan tanggung di masa depan.

Tidak lah pelik, mungkin di masa depan keluar sekolah menengah saja dah berhutang puluhan ribu seperti mendapat segulung ijazah sekarang.


Saturday, April 6, 2013

hidup ini perlu cuti

3 tahun tanpa cuti
agak memenatkan
otak pun jadi tepu

cuti paling senang dan ringkas kat pantai timur ni
pi jenguk sepanjang pantai kelantan & terengganu
pantai sebelah sini memang cantik

saya agak selesa dengan budaya orang pantai
mungkin adat orang hulu 
bagi yang kerja sendiri memilih cuti musim orang kerja paling rileks

paling best kali ini belajar naik bas balik
dah belas tahun tak naik
teringat zaman sekolah..hehe

















Friday, February 15, 2013

Tak sabar nak kardio balik

Masa pi semen gigi, kat dalam klinik tu rupanya ada kilo duk sembunyi tepi tu. Baru perasan. Ambo apa lagi, lompat naik timbang.

Steady baru 70 kilo...
Bapak gebu tubuh sekarang....hahaha

Tak nafi bila cecah umur 25 ke atas, tubuh makin banyak kumpul lemak. Nak nak masuk umur 30-an macam sekarang, ada kawan aku yang muka dah macam orang pencen, pada hal umur muda lagi. Gemuk punya pasal.

Untuk buang lemak ni, terbaik buat aktiviti kardio. Paling senang joging. Walaupun ambo ni jenis kurang aktif jap sekolah lagi, masa studi dulu tuhan campak minat naik gunung. Walaupun tak se-hardcore mana, tapi setakat nak borak dengan geng gunung no hal laa.

Turun KL nanti, dah wajib kena cari alat alat gunung balik dan satu lagi beli kasut joging. Boleh juga wat keluar peluh pagi pagi. Walaupun duk kampong tapi tak sempat pun nak buat kerja macam orang kampung. Menoreh menebas.

Bila aku cakap berat 70 kilo, ramai tak percaya tipu arr..patut berat lagi. Mungkin banyak angin kot kurang isi..kahkahkah

Gemuk satu ambo takut, penyakit bertubi tubi datang. Yang lain tu tak kisah sangat.

Rasa rasa klu 2 tahun duk joging turun tak sampai 15 kilo... kofem awet muda terus ;)


Tuesday, February 12, 2013

Tips ambil hati orang tua

Salah satu cara mengambil hati orang tua ialah;
1. Selalu wujud di sekeliling mereka. maksudnya hang selalu ziarah mereka. Kofem mereka ingat. Walaupun sekejap singgah itu amat bererti.
1b. Jangan lupa bertanya kabar, sihat atau tidak.
2. Menjadi pendengar yang baik. Dengar sebaik mungkin luahan mereka, biar mereka habis cakap baru menyampuk. Nampak senang tapi sukar sebenarnya.
3.Mengiyakan pendapat mereka walaupun adakala nampak merapu di mata kita. Perlu ingat beza generasi wujud isu sebegini. Jadi apa salah kita yang muda mengalah.
4.Tunaikan janji dengan mereka walaupun lewat tertunai. Rata rata generasi tua ni, hidup di zaman yang teguh pegang pada kata-kata bukannya pada sekeping kertas yang dimatikan setem.
5. Bawa mereka keluar jalan-jalan. Generasi sebelum merdeka habiskan hampir 3/4 hidup mereka dengan cari makan. Gigih dalam membesar anak cucu. Jadi tiada masa libur dalam kamus hidup mereka.
6. Amalkan bawa buah tangan ketika ziarah, walaupun sebungkus biskut tawar. Itu amat bermakna.

Ini antara tips saya amalkan, alhamdulilah kesannya orang tua lebih selesa dan ceria dengan kehadiran kita. Walaupun saya ini bukanlah dari kalangan keluarga mereka.

Ternyata satu perkara besar saya belajar:  umur warga emas ialah zaman yang menjemukan.

Blog List