Saturday, July 14, 2012

awas bila anda cashkan duit dalam jumlah besar dari bank

Mungkin hari paling gembira anda bertukar ke hari paling sial.


Bagi yang ingin keluarkan cash dalam jumlah besar, hati-hati kerana mungkin sudah ada mata-mata pencuri peratikan gerak geri anda. Tak kira anda berahsia kuat mana pun, pencuri ni dapat hidu.


Kes ini pernah terjadi pada seorang peniaga kat tempat aku ni. Dia keluarkan cash 2 juta dari bank di KB untuk modal niaga.


Memang nak kena rompak dah. Kawannya bagitau, dia sendiri naik heran dari mana penyamun ni dapat tau. Adakah ini kerja orang dalam..sambung kawannya. Ntah seribu kemungkinan ada.


Nak jadi rezekinya, kebetulan masa tu ada seorang kawan lagi tunggu dalam kereta masa dia kat dalam bank. Si kawannya rebahkan kerusi kunun nak tido. Mungkin perompak tak perasan ada orang dalam kereta.


Tiba-tiba dia perasan ada orang mari cucuk tayar kereta. Tektik biasa perompak bocorkan tayar dulu.


Cepat-cepat si kawannya telefon, bagi tau jangan keluar dari bank tu. Sebab 2-3 ekor perompak tengah sedia kat luar bank. Tunggu masa je.


Berjam juga tunggu kat dalam tu. Last-last perompak tu give-up @ perasan rancangan dajal mereka kantoi. Baru la boleh keluar.


Sampai sekarang dia pun, naik hairan dari mana perompak dapat maklumat yang dia nak cashkan duit hari tu. Satu lagi, yang dia pelik bank tu pun dia jarang-jarang berurusan. Itu hari pun kes nak cashkan duit dari luar negara.


Ini tak termasuk kes kena folo kereta dari belakang, last-last masuk balai polis paling dekat. Baru kereta penyamun tu tak berani ikut.


Jadi bagi yang nak cash duit banyak-banyak tu. Anda mungkin boleh minta bantuan dari balai polis. Suruh brader polis iring. Lepas tu bagi laa duit air sedikit kat diorang.


Tak pun, sewa pi van safeguard sebiji ala-ala bank.


Harap ini dapat membantu adik kakak kita kat luar sana.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, June 28, 2012

Mimpi mainan tidur

Betul lah, orang kata mimpi ni mainan tido. Yang asyik kena main nye kita laa.


Aku jenis tak berapa berkenan sangat dengan mimpi-mimpi, banyak buang masa dan tenaga. Bagi aku tido yang berkualiti ialah tido tanpa mimpi. Celik-celik mata dah cerah.


Ni tidak, duk putar alam dari Kota Bharu hingga ke Tokyo dalam mimpi tu. Letih bangun.


Sehari dua ni, aku betul-betul kena main. Iaitu asyik bermimpi hal nikah kawen je.. dari majlis kenduri hingga part paling horor bagi lelaki masa akad nikah tu. Berpeluh juga laa.


Jeng kreng molek.


Kat dalam tu rasa nak lempang je tok imam tu. Pengantin perempuan pun, entah siapa.. aku pun tak kenal batang hidung.


Setan betul..


Ada tak siapa sini yang teror taksir mimpi ?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, June 18, 2012

Apakah benda paling nikmat alam perkahwinan


Jawapannya : bila anda dikurnia anak

Perkara sebegini, aku perasan bila tengok kawan-kawan yang dah masuk 3 - 4 tahun kawen tapi belum ada anak.

Semacam ada 'tekanan' diorang ni.

Perkara ni, terdetik aku nak tulis bila petang tadi bila tengok kelibat satu keluarga muda yang singgah di Petronas Jeli. Berehat menyuap makanan untuk bayinya.

Indah betul.

Sebagai orang bujang pun, aku terasa juga perkara bila lihat suasana sebegini. Ini apa tah lagi yang berkahwin.

------

Pertonas Jeli

Antara tempat terbaik untuk singgah rehat bagi mereka yang sering travel antara pantai barat ke pantai timor.

Dengan tokey Petronas ini, dah laburkan naik taraf surau dan wakaf rehat yang lebih selesa.

Tambahan, bukanlah pelik sumbangan amal jariah sebegini oleh anak jati Jeli diberikan kepada mereka yang setia singgah sini. Secara peribadi, aku melihat tokeynya seorang kaki masjid kerna sering berjumpa ketika berjemaah di masjid bandar.

Di bumi Kelantan ini bukan sesuatu yang pelik jika golongan kaya raya ialah kaki masjid. Agak terbalik.

Pelikkan tapi itu realitinya. Tak percaya, ada luang cubalah singgah jemaah mahgrib@isyak kat masjid sekitar Kota Bharu, pendek kata keta Bm, benz tu susun parking.

Satu lagi tandasnya yang sentiasa dibersihkan khas oleh seorang pakcik bangla berbut getah kuning serta sudah pandai kecek kelate.

Jadi tak heran ini antara persinggahan pilihan keluarga muda ( lewat 20an - 30an), kebanyakkan aku perati tengok golongan profesional yang cari makan di Penang dan utara.

Bagus bawa berehat setelah 3-4 jam perjalanan terutama yang ada anak kecil.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Kalau anda tak percaya hantu, cubalah buka kedai makan

Hantu... Mengarooott je.


Sergah Pakdo tahun lepas...kepada kawan baiknya Seman. Tambahan kaki masjid macam dia susah nak telan benda syirik cam ni.


Namun selepas setahun Pakdo berniaga kedai makan dengan jayanya. Barulah dia yakin hantu ni power, bukan setakat percaya, malah habes beribu ringgit halau hantu.


Ini antara cerita-cerita biasa tokei kedai makan.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, June 16, 2012

Budaya negatif orang kita selepas kahwin

Satu perkara, aku perasan bila duduk kampung ni susah nak ajak kawan yang berkahwin keluar baik liburseperti minum & jalan-jalan atau hadir ke majlis rasmi seperti kenduri kahwin kawan yang masih bujang (ini bahagian paling banyak dielak oleh mereka yang dah berkahwin).


Kat kampung ni, bukannya seperti di bandar besar kiri kanan, atas bawah ada hiburan. Sini ada kawan, barulah lengkap aktiviti anda.


Seolah-olah gaya hidup mereka ni berputar ke belakang. Amalkan corak hidup lebih tertutup. Senang cerita lebih kurang macam komunis..hehe


Adek kakok, bila rakan-rakan kamu sekalian dah semuanya berumahtangga. Kamu anda terasa kehilangan seorang demi seorang. Ini ditambah dengan budaya orang melayu, bila dah kawen alamatnya 'tutup buku' bab berkawan ni. Pelik kan tapi inilah hakikatnya.


Bagi bini, selalu guna alasan laki tak bagi. Manakala si laki pula cakap, bini ada hal. Itulah SOP mereka.


Biasanya keadaan ini, bermula pertengahan umur 20an dah paling ketara biasa masuk 30. Tambah-tambah kes khas yang duduk di kampung  serupa aku ni. Haram susah nak jumpa kawan yang dah berbini. Lagi senang jumpa babi lagi kat tengah jalan.


Jadi antara penyelesaian kreatif dan inovatif:


Pertama - anda kurang libatkan apa-apa aktiviti dengan mereka ini. Contohnya kalau hang nak keluar minum, jika tiada kawan bujang baik minum seorang. Sebab anda perlu terima hakikat golongan ini dah ada dunianya sendiri.


Ke-2, cari hobi yang positif seperti mendaki gunung, kalau kat kampung seperti cari ikan iaitu memukat, menjala, atau libatkan diri dengan NGO berbentuk masyarakat.


Ke-3, merantau ke tempat asing. Aktiviti travelling ini, agak kurang popular bagi masyarakat negara membangun. Pertama, sebab nilai duit kita kecil. Kedua, sifat rakyat gila berkerja kumpul harta. Terakhir sekali, travel bukan lagi budaya orang sini.


Dan akhir sekali, berkahwin bila anda dah betul-betul sedia pikul tanggungjawab.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Blog List