Sunday, June 10, 2012

Gaya cakap macam-macam

Setahun dua ni, aku dah naik bosan bila berjumpa dengan orang yang bercakap besar. Kalau cite bab buat duit ni, dialah hero. Tak main seratus dua ni, kelas 8 - 9 angka. Biasanya mereka ni orang kampung yang baru kenal bandar contohnya geng MLM, broker tanah, kontraktor kelas F dan terbaru yang baru berjinak dalam pasaran saham.


Kalau dulu aku suka juga bertengkar, sekarang ni aku layan nampak celah potong terus. Hakikat orang kaya ni, ramai aku jumpa jenis kaya budi bahasanya selain kaya harta. Cara hidupnya macam orang biasa, tiada nak cakap menyombong macam mereka kat tu. Sembang kedai kopi pun benda biasa-biasa je.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, June 5, 2012

Kenapa orang kampung perlu pakai kenderaan 4x4

Ini antara jalan rutin yang perlu dilalui oleh orang kampung untuk pi menoreh getah.


Selain motorsikal hanya kenderaan 4x4 saja yang mampu redah. Kebetulan sehari dua ni ambo banyak keluar masuk ladang/kebun atas urusan bisnes.


Rata-rata jalan ke sini, jenis 30 darjah mendongak.


Bayangkan di hari-hari hujan, sememangnya jalan sebegini mendera mental tuan-puan.


*lama dah ambo tak update blog ni, mohon agar ambo diberi kelapangan menulis


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, April 21, 2012

Interface blogger semak samun

Sungguh lama bebenor, ambe tak buka blogger.com ni. Dah ternyata pembaharuan yang memeningkan mata ambe. Atau ini mungkin petanda aku sudah terlalu tua.

Semak samun betul interface baru blogger ni, pening mata nak nengoknya.

Setelah 2 - 3 jam dulu round-round google cari driver windows 7 untuk driver printer photosmart 7200. Ternyata cam biasa, hp punya website anda boleh sesat kat dalam tu. Baik masuk hutan hulu kelantan, tak sesesat cam ni.

Dah la sesat driver pun tak jumpa. Printer brother aku terus kong, terpaksa pakai printer lama. Untuk repair perlu ke Kota Bharu sana. Cam haram bila pikir balik, segala benda kena naik ke KB. Lain kali, minta kerajaan buat ibu negeri kat tengah-tengah senang nak pergi.

Aku lebih selesa menulis di android, ringkas je. Mungkin ini petanda ada akan menjadi seorang tua.

Monday, April 9, 2012

Lonely planet The Great Mekong & brader Gdex Machang power

Ni aku oda online dengan kinokuniya. Power gila brader Gdex Machang  siap masuk hantar juga pas dalam kampung ni. Kagum aku.


Tak pernah lagi, aku jumpa syarikat kourier segigih ni. Selalunya depa letak barang kat petrol stesen di jalan besar, ini perkara biasa kalu belah-belah hulu ni.


Jadi lepas ni tiada masalah, nak oda buku dengan kino.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, March 23, 2012

Bosannya hidup di kampung

Tahun ni dah masuk 3 tahun, aku duk di kampung. Satu je aku boleh simpulkan bagi orang muda kat kampung: life yang memboringkan.

Sebab utamanya, kerana orang muda majoriti kerja kat bandar. Yang tinggal kat kampung, yang tiada kemahiran atau tak mampu survival di bandar-bandar besar.


Ni dari pemerhatian aku, jadi ini antara sebab utama kenapa yang pernah tinggal atau bekerja di bandar enggan pulang menetap kat kampong-kampong. Tiada suasana menarik seperti di bandar. Satu lagi tahap pemikiran orang kampung, amat 'melemaskan'.


Satu lagi kat kampong ada 3 benda yang sinonim :

-tempat balik beraya

-tempat balik beranak pinak

-tempat balik pencen/mati


*8 daripada 10 kawan aku duduk di bandar


Published with Blogger-droid v2.0.1

Blog List