Friday, April 2, 2021

dah 2021 rupanya

Lama tak menulis..

Aku rasa skill aku sebenarnya menulis. kalau boleh menulis, dia macam rasa meluah. kalau bercakap rasa tak sepuas menulis.

Jadi aku plan untuk hidup balik satu web ni sebab situ paling banyak idea untuk menulis. Data dan fakta berlambak.

Dalam 20 bulan ni, hidup berubah 360 darjah. Almost starting back from zero again. The cycle is real. But thankful for this experienced.

 A man who has no imagination has no wings. He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life. A man who views the world the same at 50 as he did at 20 has wasted 30 years of his life. - Muhamad Ali


 

Wednesday, April 11, 2018

Project bikepacking ke Pos Bihai Gua Musang

Dalam hati mau je berhenti berbasikal sempat juga break hujung 2017 dalam 5 months gitu, but honestly tubuh jammed betul rasa. On balik.

Selepas berjaya kayuh ke Pos Pasik 2017, my new target segala pos-pos penempatan orang asli sekitar hulu Kelantan dulu. Antara menariknya, Pos Bihai di Kuala Betis Gua Musang.

Harap 2018 ni berjaya ke sana

Trip ke Pos Pasik 2017

ini sempat saya ambil gambar sebab letih sangat trip kali ni rushing gila
detail trip sini

Monday, July 24, 2017

Saya mau pencen awal


Target sebelum 40, saya boleh cuci tangan segala urusan bisnes dan kerja. Sebab utama, bosan dengan kerenah orang, macam ragam.

Lagi pun passion dalam bisnes makin kurang. Saya lebih selesa dengan hidup simple.

Ntah apa plan lepas pecen ni, mugkin pi hiking macam ni setiap bulan.


Thursday, June 16, 2016

Ramadhan 2016

Selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan tahun ni, agak rilek bagi aku. 1st, tak kerja woi. Kalau ada pon, tolak jobs mana ada. Sebab pengalaman kerja site, puasa 2015 di Bachok masih segar. Panas, lembik. Hampir separuh Ramadhan, tak jenguk terawih. Apa guna berkerja keras, ibadat pun ke laut bang.

Semalam sebab free sangat-sangat, aku pi ride ke Bukit Gerik. Cam biasa, solo ride. Iyalah menate mano (siapa laa) nak kayuh basikal naik bukit ni dalam puasa. Hampir 45 minit ride, terkejut jumpa lori terbalik sadai dekat cerun. 

Lori garam, sembang dengan uncle cina dari Kedah yang berhenti tengok, dia bagi tau mungkin gear pecah tak boleh tahan brek masa turun. Mungkin dia drop terus gear 5 ke gear 1, mana tahan enjin. Sepatut step by step, turun ke 4 dulu, 3, 2 dan baru masuk gear 1. Macam kita turun tangga la.

Kawasan lori terbalik ini memang part paling panjang waktu menurun sebelum sampai kedai makan Batu 6, Batu Melintang. Siapa naik basikal, mungkin lebih terperasan perkara ini sebab downhill laju.

Hati-hati masa guna jalan ni, jangan sayang nak drop gear rendah.


tangki minyak tercabut keluar, geng lori suruh sedut ambil takut terbakar sebab bateri tak boleh cabut

tepung jagung pun ada

berlambak garam, itu siap ada turun ambil. Apa laa, perangai orang kita garam pun nak kebas
Brotherhood driver lori sungguh kuat. Kagum tengok depa, alert dengan kawan-kawan. Satu lagi, depa agak prihatin dengan rider basikal sepanjang berkayuh di bukit ini. Tak macam geng2 motorbike yang penting diri sendiri.  Aku selalu doa geng2 moto yang ego ini terbabas masuk cerun bukit.
Dah 3 hari, tak cukup tido. Aku jenis tak boleh tido lepas sahur. Belasah tido time turun balik, kat hentian ini. Sedap woi, berangin sejuk je, Siap ada brader moto pun berhenti tido sebelah.

Bila nak touring basikal 2016


Sebenarnya aku ada niat, nak touring keliling central Kelantan time puasa ini. Macam rasa ringan je tubuh kayuh semalam. Bukan touring pun, sehari kayuh je bermula di Jelawang ikut jalan Sungai Sam keluar ke jalan Kuala Krai - Gua Musang, amek hala ke Gua Musang.


Masuk di simpang Sungai Sat, iaitu selepas hentian lama Gua Musang. Terus ke Kg Limau Kasturi terus ke Kg Bertam Baru cross jambatan keretapi ke Kg Bertam Lama. Shut balik ikut Kg Jerek, Kg Ingin Maju dan terus balik ikut Stong dan sampai la masjid Jelawang. 

Total 162 km. Loop ini paling eksotik bagi aku sebab jarang diguna. Cuma sibuk sikit di Central Spine road, laluan utama Kuala Krai - Gua Musang. Yang lain, tu jalan lenggang je. Laluan ini anda dapat tengok real kehidupan orang Hulu Kelantan lebih dekat, libatkan 2 daerah Kuala Krai dan Gua Musang.

Sebahagian besar kampung yang anda lawati, terkena banjir besar 2014. Tengok kehidupan masyarakat pasca banjir. Ini sebahagian, gambar pi riki route awal tahun baru ni.
Sungai Kelantan lepas banjir, jelas lagi kesan bah besar.


Jambatan keretapi masih ditutup di Kg Bertam Baru. Ini trip riki route akhir januari 2016 lepas.

Stesen Keretapi Kg Bertam Baru sunyi je
kosong je jalan  sini. Siapa pernah datang misi bantuan banjir Kelantan 2014 mungkin lalu sini.



Saturday, April 30, 2016

Proses kehidupan yang matang

Semakin berumur, aku perasan kena ada satu sifat. Kena detail serba benda, slow and steady dalam gerak kerja. Tak perlu tergesa-gesa, serba benda nak buat, nak cepat siap, cepat gerak, cepat paham, cepat habis sesuatu kerja.

Menikmati hidup bro. Tenang bro, tak lari ke mana benda yang dikejar tu. Bila kita detailkan dan slow gerak kerja, baru lah kita perasan benda selama ni, sia-sia, melucukan & kita paham bukannya menikmati hidup. Cuma mengisi 'kouta' rutin kehidupan.

Cuma perati rutin seharian kita dengan sedetail molek. Bermula bangun tido, mandi, gosok gigi, berry, solat, brekfes, otw kerja, kerja seharian, makan tengah hari, sambung kerja, balik kerja, riadah petang.. tido balik.

Contoh macam saya cuba detailkan perkara penting dulu seperti bacaan dalam solat, surah al-fatihah. Baca dengan slow and steady, cuba amal walau sesibuk mana jadual seharian. Lama-lama anda menikmati bacaan surah ini.

Selepas itu, alih ke lain. Contoh membaca artikel di web, cuma baca slow dan perati. Tak perlu banyak artikel baca dalam sehari. Selepas alih ke lain, paling susah nak slow and steady drive kereta. Ntah kenapa, bila bawa kereta ni majoriti keluar sifat semulajadi yang negatif seperti nak cepat, tak sabar nak potong, kurang sabar serba serbi. Cuba tahan benda ni, ganti dengan positif vibes. Contoh menikmati ketika masuk gear dan tekan kelas tu. Sebelum tu, ingat secara natural lepas hand brek. Bunyi macam bodoh tapi itulah hakikat anda kena buat, alami sendiri.

Bila serba sedikit amal benda positif sebegini, banyak perubahan positif dalam diri anda boleh rasa. Paling ketara, ketika nak buat sesuatu keputusan. Macam lagi kemas keputusan kita buat.

Tuesday, April 19, 2016

Laluan kampung

Antara laluan feveret aku. Ntah kenapa aku suka, cycling masuk kampung. Tengok orang kampung, secara live cara mereka bekerja, hidup bermasyarakat, sumber ekonomi.

Ada kampung, masyarakat pemurah gila. Siap jamu kitorang tembikai fresh dari ladang. Borak macam kita ni, dah orang kampung dia.

Rim rosak

Dah nak masuk sebulan, rim ni masuk workshop. Ntah, sampai Bangkok ke France sana. Rasa kaki dah kaku, lama sangat tak masuk offroad.

Harapkan basikal lama, kayuh onroad sebelah petang saja. Semua target lari. Lagi pun, aku sekarang dah tak target apa-apa dalam hidup. Pengajaran lepas, usah berharap sangat. Redha je, go on dengan apa yang ada.

Qana'ah dalam hidup.

Sunday, March 13, 2016

Brekfes paling santai

Ni cite pagi jumaat 2 minggu lepas. Terbangun pagi sangat. Musim dia.

Apa lagi morning ride laa. Packing nasi berlauk. Masuk trails offroad. Menuju ke sungai berjeram. Sorang-sorang layan feeling dalam hutan.

Sampai sungai, makan dengan penuh penghayatan.

Silap satu je tak bawa seluar mandi.

Ok trip sekali lagi.

Semakin oldskol

Bila makin tua ni, aku rasa balik ke kepada hobi asal. Baca buku balik. Jem jugak, hobi ni boleh tahan mahal walaupun tak segila mahal hobi basikal. Iyalah klu dulu free je pi library pinjam. Ok jangan kedekut sangat bang, bila nak maju.


Mujur zaman sekarang ni, senang je nak beli buku semua online. Klip je, nak mudah lagi ada kredit kad. Payment kofem lancar, macam baru lepas makan betik...haha

.........

Walaupun wujud smartphone/table sekarang ni, tobat mati hidup balik pon aku pesen kena membaca melalui buku. Oldskol punya stail. Bukan apa sakit mata nak hadap berjam-jam. Klu english cair macam air takpe lah, nak nak buku dari UK. Banyak aku tak habis baca, pening dengan ayat dia. Biasa laa budak kampong. Kena cari teacher.

Dan satu lagi, aku bukan jenis kaki minat hepon ni, sejak zaman belajar lagi elak pakai tepon. Rimas. Serabut wei. Biasa laa jenis oldskol, jenis tak follow trend. Pi mapos dengan glemer. Pelik juga bila tengok orang beli hp, sama mahal dengan beli lembu sekor nak korban raya. Bila kita nak merdeka lagu ni.

Memang patut aku tinggal dalam hutan. Salah satu sebabnya tiada coverage hp. Dan saya sedang berfikir + menuju ke arah itu. Angan-angan tu kena ada.

Apa aku membebel pasal hp ni.. melalut ke lain.

.........

Ok balik ke bab buku ni.

Prinsip aku senang je, slow takpe asal habis dan paham. Bukan nak buat koleksi buku tu. Tapi ambil pakai sejemput ilmu yang ada kat dalam tu. Nak 100% kena cari guru. Sesuai dengan umur 40-an, ni selera buku pun dah macam orang tua.

1. The end of the power. Aku tengok menarik, sebab ada web duk promote kunun² orang terer² baca buku ni. Tapi sebenarnya aku tiada idea nak oda buku apa.

2. The Intelligent Investor ni, pakdi.net selalu duk petik. Antara blog bermanfaat dan kekal mentenen dah 10 tahun aku follow zaman study lagi. Sebenarnya dah donlop e-book dan selalu je baca time berhenti minum petang lepas kayuh. Baca kat hp. Rasa macam orang bodoh je. Nak perabis setebal tu. Klu baca anime/mangga lain cite, last pejam mata oda sekali. Harap dapat perabis dalam tahun 2016.

Mujur laa orang jepun ni buka kedai buku kat KLCC kalau tak mampos nak oda tunggu dari obersee.

Tuesday, March 1, 2016

Kerja balik

Lama gila aku cuti.
Feb 2014 --start beli basikal.
Feb 2015 -- tengah mabuk basikal.
Feb 2016 -- baru nak start insaf.

2 tahun juga tu. Tak pro lagi...hehehe

Untuk normal balik rutin kerja.
Maka aku kena create satu job.
Barulah jadual tu terisi.

Aku cuba cari pengalaman
macam tok nenek kita dulu.
Semua benda boleh buat sendiri.
Bila pikir balik hakikat sebenarnya mereka lagi
Cerdik serta pandai dari generasi kita sekarang.

Generasi kini semua tahu.
Bila suruh buat tak reti.
Serba serbi tau.
Serba serbi beli.
Tu yang hutang keliling.

Aku plan buat garaj.
Merangkap bengkel tempat kerja.
Jadi job sebegini libatkan self skill.
Mencabar betul bila part welding.
Baru chapter 1.
Berpeluh-peluh bang.
Ntah siap ke tak garaj bengkel aku ni.

Doakan berjaya :)

Friday, January 8, 2016

40 an yang boring

Betul orang kata, sampai satu masa kita tiada apa-apa nak kejar dalam hidup ni.

Jika 2 tahun lepas aku gila dengan basikal, habis semua trails offroad/road redah cari. Bila semua dah rasa, jadi tawar hati nak main basikal. Duit tok soh cerita mau cecah ribu juga melayang. Nak cerita detail pun rasa bodoh macam budak-budak.

2 tahun ni. Kerjaya, tolak tepi. Kerja sekadar nak survival, bayar hutang kereta dan bil je. Lepas makan minum. Lain, perabis kat basikal. Tolol pun rasa ada.

Kawan-kawan sekeliling, semua kejar bina keluarga, beli rumah, tambah anak dan paling cikai pun suruh orang tua cari bini. Kalau yang terbabas bercerai tu, cepat-cepat depa korna kahwin baru balik.

Aku dan geng macam hidup tiada masalah. Aku selalu bergurau pesan kat diorang, kita ni semua sedia daftar rumah orang² tua.

Kelakar pun, ada bila terkenang balik.

2016. Aku rasa tawar. Kerja pun malas. Jobs ada. Campur situasi ekonomi sekarang yang gila.

Kadang-kadang, hidup ni kena ada tekanan, macam tanggungjawab atau paling cikai pun loan secebis dua. Baru laa kita rajin nak kerja.

Motivasi tinggi tengah gila touring 2014

Monday, August 10, 2015

Sifu ambe

Antara sifu-sifu ambe.

*sayang takut gambar ni hilang uplod sini


Saturday, November 1, 2014

jauh hanyut berbasikal

Betul kata orang tak kenal maka tak cinta.. keke

Tahun 2014 ni, tahun berbasikal buat aku. Main sampai tahap kronik. Kejar jamboree macam orang gila.Tak kira belah bumi Siam/ Malaysia makan dua-dua. Pengalaman bro, mahal. Hanya kena lalu baru merasa.

Duit tok soh cakap macam air keluar. Mujur bujang, senang pulun benda gini. Kalau ada bini, pandai-pandai korang kelentong. Ini berdasarkan realiti kawan yang berkeluarga bila main basikal gini jadi.

Sanggup tipu bini dan mentua semata-mata nak beli basikal. Real. Ada pujuk memujuk dengan gelang emas, baru lepas akat basikal. Pelik kan tapi itu lah realitinya. Orang perempuan ni kompleks betul.

Aku selalu berdoa, agar nanti dapat teman hidup yang faham jiwa kita. Tak serabut hidup asyik nak menipu.

Hobi priceless.. member aku selalu khutbah ayat gini.



Rata-rata kawan basikal aku jumpa, golongan 40 an ke atas. Paling ramai, di umur senja (50-60an) sepatut bermain dengan cucu tapi kayuh gagah dari aku lagi. Biasa geng belah Thailand ramai orang tua, tapi yang tak tahan depa suka masuk jamboree. Laju macam pelesit bawa basikal.
Team Maeseang Sungai Golok
Selain jamboree, aku plan nak delevop trails baru di sekitar kampung ni. 1st level develop komuniti basikal di sini, semua setuju tubuh Jeliriders. Tipikal orang kita, mesti kena buat jersi dan logo cantik-cantik..haha. Yang tak tahan, sampai budak UMK Jeli pon joint masuk. Meriah tok soh cakap, tiap kali redah trek baru, kofem ada pancit heret kaki.


Level 2nd: Tak cukup dengan jamboree, kitorang cuba nasib main downhill pulak. Tebas, tebang kayu buat launcher. Habis tanah orang kampung. Terang benderang semak hutan.

Lompat bang. Biar basikal biasa, tapi trek tu kena luar biasa skit. Haha. Dapat kawan-kawan separuh gila ni best jugak.



Cuma ada juga terpikir.. kenapa lah segila ini aku main basikal. Huru hara hidup sepanjang 2014 ni. Selalu niat nak slow down, tapi tiap kali niat tu mesti ada plan best.

Ni dah mula gila touring bike. Sebetulnya ini lah niat asal aku main basikal. Kunun-kunun nak travel macam mat saleh. Nampak je kool tapi berasap kepala jemur panas bang !


Niat asal main basikal nak kurus jer. Masa mula beli basikal, tokei kedai basikal Sungai Golok cakap 'mung ni gemuk macam BABI!' bunyi macam sial je tapi itu la realiti.

Thursday, April 17, 2014

Hobi baru saya, belajar berbasikal

Kadang kadang hidup ni kena berubah,

orang kata.. move on.

Sebab saya dah bosan dengan rutin harian duk bertukun dalam ofis hadap pc berbelas jam sehari.

Kini saya cuba beralih angin. Belajar berbasikal. Paling senang pickup basikal bukit. Sebab ianya ramai peminat dan senang nak masuk group.

Kenapa pilih berbasikal ?

sebabnya: saya perlu aktiviti kardio, keluar peluh. Dengan umur semakin meningkat, mudah kena penyakit. Berat badan saya dah menghampiri obes. (gemuk gedebuk)

geng berbasikal saya awal-awal. banyak belajar dari depa
Saya harap dapat kekal dengan hobi baru ni

Friday, January 10, 2014

Kita perlu specialist dalam sesuatu bidang untuk berjaya

Zaman ni bukannya zaman kita boleh buat semua benda. Itu hakikatnya.
Dunia sekarang sangat pantas berubah. Kalau anda anggap multi task tu bagus, elok pikir balik.

Mungkin sekarang kita pikir, boleh tahu semua benda. Google kan ada. Tapi hakikatnya ilmu yang dihidangkan kat internet ni, kebanyakan kulit je. Isi kena cari sendiri.

Sebab apa, saya tegaskan benda sebegini.

Sering kali saya terpaksa berhadapan dengan generasi tua, iaitu pada peringkat atuk/ayah kita yang sering beranggapan..alah setakat benda gitu, aku pun pandai. Ini pun aku boleh buat. Namun bila diserahkan untuk mereka buat, banyak rugi lagi pada upah orang.

Tolol. Mereka ini, masih tak sedar kah kita hidup di abad yang pantas berubah.

Bila ada soal saya, kenapa tak buat kerja itu ini. Saya selalu jawap..aku nak buat satu kerja ni je, tak larat nak campur aduk yang lain. Maksud saya, kalau berniaga nak menjual macam-macam pada hal yang bagi untung satu produk je.

Ini silap masyarakat kita, baik dalam berniaga atau bekerja terlampau terkejar-kejar nak cepat kaya. Bukannya nak cepat mahir satu benda. Ilmu kena ada dulu, baru duit ikut belakang.

Untuk 'masak' dalam satu bidang perlukan sekurang 2-3 tahun. Itu pun kira dah cepat. Kalau anda asyik lompat sana sini, bila masa nak lekat satu skill dalam diri. Umur semakin tua. Otak makin lembap, tenaga makin kurang.

Antara yang still dengan kemahiran dibangunkan dari peringkat awal sehingga tempoh 3-4 tahun, telah menjadi specialist dalam bidang masing-masing. Antaranya Pakdi, pakar kewangan Islam di negara ini.

Cuba kita tengok negara maju, depa fokus satu benda je...alah jangan runsing kita pun ikut setapak mereka ini. Tunggu masa je.

siapa laa mahir buat rumah tradisional melayu hobbit ni.. respek boss!



Thursday, June 6, 2013

bagaimana rasa mabuk laut

Rupanya aku baru tahu, betapa kroniknya bila seorang tu kena mabuk laut.

Baru ni kami sempat pi mengail ke laut, tak jauh pun lebih kurang sejam naik bot. Iaitu sekitar tengah jalan nak pi pulau perhentian je. Kebetulan malam tu hujan lebat, esok pagi laut bergelora sikit. Orang sini panggil kucoh, naik bot macam naik 4wd masuk hutan lompat sana sini. Time bot berjalan semua ok lagi. Nak ke power lagi kami hanya naik bot fiber je, kira nak amek lesen besar ke laut. Biasanya orang pancing ni naik bot kayu sewa 7-8 ratus tu. Baru selesa.
semua geleng kepala tengok kitorang newbie pakai bot fiber je..ni kira lesen otai laa

muka excited semua masa mula mula tu

yang baju merah tu dah mabuk laut sepenuh hati...hehe


begini keadaan laut kucoh (bergelora)

best siot mengail ikan kerisi ni..kalau ada 10 mata kail 10 ekor naik

ini hasil tangkapan kami.. rezeki laut


Bila berhenti nak mula mengail, kawan aku seorang ni dah lain macam. Bermula dengan loya nak muntah, termuntah dan muntah lagi dan terus muntah sambung muntah dan muntah. Sambung pula dengan nak terberri  terus lompat terjun melepas je dalam laut, siap 2x pula tu. Lepas tu naik balik sambung muntah lagi dan muntah lagi, sampaikan tiada apa dah nak termuntah aku tengok pun sedih.

Lepas lembik macam ikan kering kena jemur atas bot fiber tu sampailah kitorang balik ke pantai semula. Bila masuk je kuala sungai terus ok. Tapi sedih aku tengok orang mabuk laut ni.

Sebenarnya kronik mabuk laut ni. Baik korang telan ubat mabuk laut walaupun sebijik jangan laa duk tunjuk hero sangat merana wei.

Thursday, May 9, 2013

Sayu bila mana Tok Guru terpaksa 'bersara'

Ini mungkin serba sedikit perasaan yang dirasai oleh para sahabat dan seluruh ummah semasa Abu Bakar dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama.

Sedih + sayu, itulah perasaan seorang anak bila mana melihat seorang ayah yang menjaga mereka selama ini terpaksa pergi.

Sebagai anak jati Kelantan, hampir sebahagian besar membesar di bawah pentadbiran TGNA saya amat terasa 'pemergian' Tok Guru ini. Tanpa susah lelah beliau dan rakan rakan seperjuangan dalam menghidupkan roh Islam di Kelantan ini, mana mungkin kami dapat senang lenang merasai seperti sekarang ini.

Asas asas Islam yang dibangunkan Tok Guru bukan memakan masa sebulan dua. Puluhan tahun, baru sedikit sebanyak zahir dalam kehidupan seharian rakyat. Kelantan bumi serambi Mekah ini, bertuah sejak mula Islam bertapak di sini, Tok Guru/Ulamak diberi kepercayaan sepenuhnya oleh rakyat jelata memimpin mereka.

Baik dalam suka atau duka. Keberkatan usaha & doa ulamak silam banyak meninggal kesan sehingga kini.

Di Kelantan, lazimnya anak anak sejak kecil selalu diceritakan kepada mereka kisah ulamak silam. Agar jiwa jiwa muda ini turut terpaut dengan roh perjuangan islam. Semoga yang pergi ada penganti.

Monday, April 29, 2013

Pembangunan terpilih masalah politik kita


Dalam awal tahun, saya terpaksa membeli hampir 200 tan batu. Semata-mata untuk baiki jalan ke premis. 200 tan batu, senang cerita dapatlah tabur dalam 0.5 kilometer jalan.

Biasanya bagi yang mula mula lalu jalan ke premis saya, mesti mengeluh jalan huduh berbatu-batu tambah tambah jenis kereta baru sedikit terutamanya yang berbangsa proton/produa. Manja betul depa.

Bila saya minta maaf kat diorang dengan suasana jalan dan terus terang kat sini, ini je kami termampu sediakan. Dengan sebut sedikit angka 200 tan batu, sudah membuat mereka mereka yang mengeluh ini terperanjat. Ada yang terkedu. Yang lucu, ada bertanya betulkan awak buat sendiri jalan ni. Iya lah bro, harap kerajaan lembik macam pisang jer. Jawap selamba saya.

Tapi itu hakikat hidup di Malaysia, pembangunan bersikap terpilih. Untuk rekod parlimen Jeli gah dengan seorang menteri, tapi bagi kami penduduk sini tiada makna bila mana projek pembangunan sekadar komestik. Untuk tujuan bermegah-megah senang cerita.

Tidak sampai ke penduduk yang sepatutnya. Puas sudah saya memohon projek bantuan jalan, semuanya sekadar lulus saja batu sebutir pun tak sampai. Berbanding dengan kerajaan negeri yang dianggap miskin sudi juga beri 20-30 tan batu jalan. Itu bezanya sebuah kerajaan Islam.

Saya sekadar berkongsi serba sedikit kepincangan dalam kerajaan sekarang, sempena hari mengundi yang tinggal beberapa hari lagi.

Sekiranya kita tidak mampu mengubah kerajaan yang ada sekarang, jangan marah anak cucu kita nanti menyumpah seranah datuk neneknya disebabkan bebanan yang terpaksa mereka akan tanggung di masa depan.

Tidak lah pelik, mungkin di masa depan keluar sekolah menengah saja dah berhutang puluhan ribu seperti mendapat segulung ijazah sekarang.


Saturday, April 6, 2013

hidup ini perlu cuti

3 tahun tanpa cuti
agak memenatkan
otak pun jadi tepu

cuti paling senang dan ringkas kat pantai timur ni
pi jenguk sepanjang pantai kelantan & terengganu
pantai sebelah sini memang cantik

saya agak selesa dengan budaya orang pantai
mungkin adat orang hulu 
bagi yang kerja sendiri memilih cuti musim orang kerja paling rileks

paling best kali ini belajar naik bas balik
dah belas tahun tak naik
teringat zaman sekolah..hehe

















Friday, February 15, 2013

Tak sabar nak kardio balik

Masa pi semen gigi, kat dalam klinik tu rupanya ada kilo duk sembunyi tepi tu. Baru perasan. Ambo apa lagi, lompat naik timbang.

Steady baru 70 kilo...
Bapak gebu tubuh sekarang....hahaha

Tak nafi bila cecah umur 25 ke atas, tubuh makin banyak kumpul lemak. Nak nak masuk umur 30-an macam sekarang, ada kawan aku yang muka dah macam orang pencen, pada hal umur muda lagi. Gemuk punya pasal.

Untuk buang lemak ni, terbaik buat aktiviti kardio. Paling senang joging. Walaupun ambo ni jenis kurang aktif jap sekolah lagi, masa studi dulu tuhan campak minat naik gunung. Walaupun tak se-hardcore mana, tapi setakat nak borak dengan geng gunung no hal laa.

Turun KL nanti, dah wajib kena cari alat alat gunung balik dan satu lagi beli kasut joging. Boleh juga wat keluar peluh pagi pagi. Walaupun duk kampong tapi tak sempat pun nak buat kerja macam orang kampung. Menoreh menebas.

Bila aku cakap berat 70 kilo, ramai tak percaya tipu arr..patut berat lagi. Mungkin banyak angin kot kurang isi..kahkahkah

Gemuk satu ambo takut, penyakit bertubi tubi datang. Yang lain tu tak kisah sangat.

Rasa rasa klu 2 tahun duk joging turun tak sampai 15 kilo... kofem awet muda terus ;)


Blog List