Baru ni kami sempat pi mengail ke laut, tak jauh pun lebih kurang sejam naik bot. Iaitu sekitar tengah jalan nak pi pulau perhentian je. Kebetulan malam tu hujan lebat, esok pagi laut bergelora sikit. Orang sini panggil kucoh, naik bot macam naik 4wd masuk hutan lompat sana sini. Time bot berjalan semua ok lagi. Nak ke power lagi kami hanya naik bot fiber je, kira nak amek lesen besar ke laut. Biasanya orang pancing ni naik bot kayu sewa 7-8 ratus tu. Baru selesa.
Bila berhenti nak mula mengail, kawan aku seorang ni dah lain macam. Bermula dengan loya nak muntah, termuntah dan muntah lagi dan terus muntah sambung muntah dan muntah. Sambung pula dengan nak terberri terus lompat terjun melepas je dalam laut, siap 2x pula tu. Lepas tu naik balik sambung muntah lagi dan muntah lagi, sampaikan tiada apa dah nak termuntah aku tengok pun sedih.
Lepas lembik macam ikan kering kena jemur atas bot fiber tu sampailah kitorang balik ke pantai semula. Bila masuk je kuala sungai terus ok. Tapi sedih aku tengok orang mabuk laut ni.
Sebenarnya kronik mabuk laut ni. Baik korang telan ubat mabuk laut walaupun sebijik jangan laa duk tunjuk hero sangat merana wei.