Friday, April 2, 2021

dah 2021 rupanya

Lama tak menulis..

Aku rasa skill aku sebenarnya menulis. kalau boleh menulis, dia macam rasa meluah. kalau bercakap rasa tak sepuas menulis.

Jadi aku plan untuk hidup balik satu web ni sebab situ paling banyak idea untuk menulis. Data dan fakta berlambak.

Dalam 20 bulan ni, hidup berubah 360 darjah. Almost starting back from zero again. The cycle is real. But thankful for this experienced.

 A man who has no imagination has no wings. He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life. A man who views the world the same at 50 as he did at 20 has wasted 30 years of his life. - Muhamad Ali


 

Wednesday, April 11, 2018

Project bikepacking ke Pos Bihai Gua Musang

Dalam hati mau je berhenti berbasikal sempat juga break hujung 2017 dalam 5 months gitu, but honestly tubuh jammed betul rasa. On balik.

Selepas berjaya kayuh ke Pos Pasik 2017, my new target segala pos-pos penempatan orang asli sekitar hulu Kelantan dulu. Antara menariknya, Pos Bihai di Kuala Betis Gua Musang.

Harap 2018 ni berjaya ke sana

Trip ke Pos Pasik 2017

ini sempat saya ambil gambar sebab letih sangat trip kali ni rushing gila
detail trip sini

Monday, July 24, 2017

Saya mau pencen awal


Target sebelum 40, saya boleh cuci tangan segala urusan bisnes dan kerja. Sebab utama, bosan dengan kerenah orang, macam ragam.

Lagi pun passion dalam bisnes makin kurang. Saya lebih selesa dengan hidup simple.

Ntah apa plan lepas pecen ni, mugkin pi hiking macam ni setiap bulan.


Thursday, June 16, 2016

Ramadhan 2016

Selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan tahun ni, agak rilek bagi aku. 1st, tak kerja woi. Kalau ada pon, tolak jobs mana ada. Sebab pengalaman kerja site, puasa 2015 di Bachok masih segar. Panas, lembik. Hampir separuh Ramadhan, tak jenguk terawih. Apa guna berkerja keras, ibadat pun ke laut bang.

Semalam sebab free sangat-sangat, aku pi ride ke Bukit Gerik. Cam biasa, solo ride. Iyalah menate mano (siapa laa) nak kayuh basikal naik bukit ni dalam puasa. Hampir 45 minit ride, terkejut jumpa lori terbalik sadai dekat cerun. 

Lori garam, sembang dengan uncle cina dari Kedah yang berhenti tengok, dia bagi tau mungkin gear pecah tak boleh tahan brek masa turun. Mungkin dia drop terus gear 5 ke gear 1, mana tahan enjin. Sepatut step by step, turun ke 4 dulu, 3, 2 dan baru masuk gear 1. Macam kita turun tangga la.

Kawasan lori terbalik ini memang part paling panjang waktu menurun sebelum sampai kedai makan Batu 6, Batu Melintang. Siapa naik basikal, mungkin lebih terperasan perkara ini sebab downhill laju.

Hati-hati masa guna jalan ni, jangan sayang nak drop gear rendah.


tangki minyak tercabut keluar, geng lori suruh sedut ambil takut terbakar sebab bateri tak boleh cabut

tepung jagung pun ada

berlambak garam, itu siap ada turun ambil. Apa laa, perangai orang kita garam pun nak kebas
Brotherhood driver lori sungguh kuat. Kagum tengok depa, alert dengan kawan-kawan. Satu lagi, depa agak prihatin dengan rider basikal sepanjang berkayuh di bukit ini. Tak macam geng2 motorbike yang penting diri sendiri.  Aku selalu doa geng2 moto yang ego ini terbabas masuk cerun bukit.
Dah 3 hari, tak cukup tido. Aku jenis tak boleh tido lepas sahur. Belasah tido time turun balik, kat hentian ini. Sedap woi, berangin sejuk je, Siap ada brader moto pun berhenti tido sebelah.

Bila nak touring basikal 2016


Sebenarnya aku ada niat, nak touring keliling central Kelantan time puasa ini. Macam rasa ringan je tubuh kayuh semalam. Bukan touring pun, sehari kayuh je bermula di Jelawang ikut jalan Sungai Sam keluar ke jalan Kuala Krai - Gua Musang, amek hala ke Gua Musang.


Masuk di simpang Sungai Sat, iaitu selepas hentian lama Gua Musang. Terus ke Kg Limau Kasturi terus ke Kg Bertam Baru cross jambatan keretapi ke Kg Bertam Lama. Shut balik ikut Kg Jerek, Kg Ingin Maju dan terus balik ikut Stong dan sampai la masjid Jelawang. 

Total 162 km. Loop ini paling eksotik bagi aku sebab jarang diguna. Cuma sibuk sikit di Central Spine road, laluan utama Kuala Krai - Gua Musang. Yang lain, tu jalan lenggang je. Laluan ini anda dapat tengok real kehidupan orang Hulu Kelantan lebih dekat, libatkan 2 daerah Kuala Krai dan Gua Musang.

Sebahagian besar kampung yang anda lawati, terkena banjir besar 2014. Tengok kehidupan masyarakat pasca banjir. Ini sebahagian, gambar pi riki route awal tahun baru ni.
Sungai Kelantan lepas banjir, jelas lagi kesan bah besar.


Jambatan keretapi masih ditutup di Kg Bertam Baru. Ini trip riki route akhir januari 2016 lepas.

Stesen Keretapi Kg Bertam Baru sunyi je
kosong je jalan  sini. Siapa pernah datang misi bantuan banjir Kelantan 2014 mungkin lalu sini.



Saturday, April 30, 2016

Proses kehidupan yang matang

Semakin berumur, aku perasan kena ada satu sifat. Kena detail serba benda, slow and steady dalam gerak kerja. Tak perlu tergesa-gesa, serba benda nak buat, nak cepat siap, cepat gerak, cepat paham, cepat habis sesuatu kerja.

Menikmati hidup bro. Tenang bro, tak lari ke mana benda yang dikejar tu. Bila kita detailkan dan slow gerak kerja, baru lah kita perasan benda selama ni, sia-sia, melucukan & kita paham bukannya menikmati hidup. Cuma mengisi 'kouta' rutin kehidupan.

Cuma perati rutin seharian kita dengan sedetail molek. Bermula bangun tido, mandi, gosok gigi, berry, solat, brekfes, otw kerja, kerja seharian, makan tengah hari, sambung kerja, balik kerja, riadah petang.. tido balik.

Contoh macam saya cuba detailkan perkara penting dulu seperti bacaan dalam solat, surah al-fatihah. Baca dengan slow and steady, cuba amal walau sesibuk mana jadual seharian. Lama-lama anda menikmati bacaan surah ini.

Selepas itu, alih ke lain. Contoh membaca artikel di web, cuma baca slow dan perati. Tak perlu banyak artikel baca dalam sehari. Selepas alih ke lain, paling susah nak slow and steady drive kereta. Ntah kenapa, bila bawa kereta ni majoriti keluar sifat semulajadi yang negatif seperti nak cepat, tak sabar nak potong, kurang sabar serba serbi. Cuba tahan benda ni, ganti dengan positif vibes. Contoh menikmati ketika masuk gear dan tekan kelas tu. Sebelum tu, ingat secara natural lepas hand brek. Bunyi macam bodoh tapi itulah hakikat anda kena buat, alami sendiri.

Bila serba sedikit amal benda positif sebegini, banyak perubahan positif dalam diri anda boleh rasa. Paling ketara, ketika nak buat sesuatu keputusan. Macam lagi kemas keputusan kita buat.

Blog List