Thursday, June 16, 2016

Ramadhan 2016

Selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan tahun ni, agak rilek bagi aku. 1st, tak kerja woi. Kalau ada pon, tolak jobs mana ada. Sebab pengalaman kerja site, puasa 2015 di Bachok masih segar. Panas, lembik. Hampir separuh Ramadhan, tak jenguk terawih. Apa guna berkerja keras, ibadat pun ke laut bang.

Semalam sebab free sangat-sangat, aku pi ride ke Bukit Gerik. Cam biasa, solo ride. Iyalah menate mano (siapa laa) nak kayuh basikal naik bukit ni dalam puasa. Hampir 45 minit ride, terkejut jumpa lori terbalik sadai dekat cerun. 

Lori garam, sembang dengan uncle cina dari Kedah yang berhenti tengok, dia bagi tau mungkin gear pecah tak boleh tahan brek masa turun. Mungkin dia drop terus gear 5 ke gear 1, mana tahan enjin. Sepatut step by step, turun ke 4 dulu, 3, 2 dan baru masuk gear 1. Macam kita turun tangga la.

Kawasan lori terbalik ini memang part paling panjang waktu menurun sebelum sampai kedai makan Batu 6, Batu Melintang. Siapa naik basikal, mungkin lebih terperasan perkara ini sebab downhill laju.

Hati-hati masa guna jalan ni, jangan sayang nak drop gear rendah.


tangki minyak tercabut keluar, geng lori suruh sedut ambil takut terbakar sebab bateri tak boleh cabut

tepung jagung pun ada

berlambak garam, itu siap ada turun ambil. Apa laa, perangai orang kita garam pun nak kebas
Brotherhood driver lori sungguh kuat. Kagum tengok depa, alert dengan kawan-kawan. Satu lagi, depa agak prihatin dengan rider basikal sepanjang berkayuh di bukit ini. Tak macam geng2 motorbike yang penting diri sendiri.  Aku selalu doa geng2 moto yang ego ini terbabas masuk cerun bukit.
Dah 3 hari, tak cukup tido. Aku jenis tak boleh tido lepas sahur. Belasah tido time turun balik, kat hentian ini. Sedap woi, berangin sejuk je, Siap ada brader moto pun berhenti tido sebelah.

Bila nak touring basikal 2016


Sebenarnya aku ada niat, nak touring keliling central Kelantan time puasa ini. Macam rasa ringan je tubuh kayuh semalam. Bukan touring pun, sehari kayuh je bermula di Jelawang ikut jalan Sungai Sam keluar ke jalan Kuala Krai - Gua Musang, amek hala ke Gua Musang.


Masuk di simpang Sungai Sat, iaitu selepas hentian lama Gua Musang. Terus ke Kg Limau Kasturi terus ke Kg Bertam Baru cross jambatan keretapi ke Kg Bertam Lama. Shut balik ikut Kg Jerek, Kg Ingin Maju dan terus balik ikut Stong dan sampai la masjid Jelawang. 

Total 162 km. Loop ini paling eksotik bagi aku sebab jarang diguna. Cuma sibuk sikit di Central Spine road, laluan utama Kuala Krai - Gua Musang. Yang lain, tu jalan lenggang je. Laluan ini anda dapat tengok real kehidupan orang Hulu Kelantan lebih dekat, libatkan 2 daerah Kuala Krai dan Gua Musang.

Sebahagian besar kampung yang anda lawati, terkena banjir besar 2014. Tengok kehidupan masyarakat pasca banjir. Ini sebahagian, gambar pi riki route awal tahun baru ni.
Sungai Kelantan lepas banjir, jelas lagi kesan bah besar.


Jambatan keretapi masih ditutup di Kg Bertam Baru. Ini trip riki route akhir januari 2016 lepas.

Stesen Keretapi Kg Bertam Baru sunyi je
kosong je jalan  sini. Siapa pernah datang misi bantuan banjir Kelantan 2014 mungkin lalu sini.



Blog List