Thursday, January 24, 2013

Meriahnya sambutan Maulod Nabi di Kelantan

terpaksa pinjam mesin nyior jiran, tengok si kecil kat depan sama sibuk dengan orang tua bila kenduri

Duk kampung satu je paling best bila datang bulan maulod
sana sini jemput makan
lepas selawat rumah ni, esok selawat rumah sana.

semalam bos ambo buat maulod
sini simple je jamu lakso lakse
kebetulan ada buat sembahyang hajat

tengok baby pun sibuk nak makan lakse..amboi siap pandai suap sendiri tu

paling gumbira ambo tengok
budak-budak kecil laa
ambo siap gendul motor 3 orang sekali gus
semangat depa nak makan laksam
suka juga layan budak-budak kecil
masa ni laa kita nak buat baik kat depa
sampai tua diorang ingat
jangan berkira sangat dengan budak-budak kecil ni


macam-macam kuah lakso lakse dari kuah ikan selayang, kembung sehingga kuah laksam penang pun ada. tapi orang kelantan macam biasa kuah puteh juga baru kena dengan tengkak depa ni.


rezeki kot...tiap kali buat makan kat rumah
budak kecil mesti datang semua satu kampung
kadang-kadang tu ambo tak kenal anak siapa dah
yang kecil-kecil dulu dah besar jadi anak dara cun dan pendekar hebat

orang perempuan ni ambo tengok dah macam kena ketum
bila ada kenduri kendara ni, bertenaga riuh rendah macam pasar
tangan sibuk buat kerja tapi mulut macam-macam gusip/isu timbul..kakakah

ambo pun dah tukar mana satu lakso mana satu lakse ;)

Tuesday, January 22, 2013

antara hujung tahun dan nak masuk tahun baru

Ini antara waktu saya banyak kerja, lelah kadang-kadang tu
jadi bila masuk tahun baru nak mula kerja baru pon malas

ni tengah merangkak-rangkak duk setup ofis baru
banyak wei kena tabur
walaupun dah dapat line internet laju
banyak lagi kena setel

begini laa bila hidup tak berkerjaya
anda berkerja di luar 'sistem' jadi banyak kena buat sendiri
jadi siapa suruh pandai-pandai malas berkerjaya sangat :)

cuma paling otai awal tahun 2013 ni
nenek saya sempat datang buat bubur asyura sini

Wednesday, January 9, 2013

kenapa ramai suka sembang kencang

ini soalan yang beribu jawapan dapat diberikan. entah mungkin diri dah tua kot, saya pun dah malas nak bertengkar dengan golongan ini.
lebih mudah kita mengalah saja, kan senang. hidup ini sedan-sedan saja.

Monday, January 7, 2013

Ipad mini support tak Malaysia LTE ?

ini antara soalan yang tak kofem jawapannya ?
ada 2 jawapan sini:
  1. ikut info internet : tak support sebabnya kita pakai band 7 (2600Mhz). senang cite lari channel.
  2. aku call maxis : dia cakap iphone 5 & ipad mini memang support LTE tapi kat KL je ada
nak tak nak kena tunggu sikit lagi kalau hang bajet nak akat ipad mini. Ada sorang mamat ni komen,  patutnya Malaysia support Apple bukannya Apple support malaysia. Betul juga dia kata.

LTE = Lagi Tunggu erkk

Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013, apa plan bro

Sebagai manusia yang tiada kerjaya ni. Saya pun tak pasti apakah plan untuk tahun baru 2013. Biasalah orang yang working out of the system lagu ni lah.

Bagi saya, yang tahun lepas banyak lagi hutang belum setel:

  1. Bangkok
  2. Passport tak cop-cop. mampos cam tu.
  3. Gunung sepatah haram tak naik pun.
Ok lah, sempena ambil semangat tahun baru, saya tukar gambar profail. Semangat sikit nak simpan rambut balik :)

Apakah pekerjaan sebenar saya ?

Ramai juga yang selalu tanya saya, demo kijo gapo.. kerja di mana.. pupal pupal lepas tu.. studi kat mana dulu.

Jawapan saya sekarang - saya tidak BERKERJAYA pun. Ini lah jawapan paling tepat rasanya. Kalau dulu selalu bagi alasan - tak reti nak kerja makan gaji. Jawapan cari balah tu, kasar benar bunyinya.

Jiwa masing-masing orang kata.

Tapi jawapan lagu ni, kofem orang tua tak nak buat menantu laa..haha. Melainkan hang cakap - saya kerja cikgu...bla bla bla.. jawabnya berebut orang kampung offer anak dara. Tak pun hang melaram dengan vios je sebijik kat kampung, terbeliak dah mata orang kampung.

Saya cakap benda realiti dalam masyarakat kita. Ini view dari anak muda yang tinggal dan ber'kerja' di kampung. 8/10 anak muda sekarang duk kerja di bandar, balik pun masa raya.

Dah jadi dasar rakyat Malaysia, studi untuk pulus bukannya untuk ilmu.

Jadi 2013 ni..agaknya apa plan orang tak berkerjaya ni ?





Wednesday, January 2, 2013

internet laju..macam baru keluar gua

Dari 2009 sampai sekarang, baru laa dapat rasa internet ber 'Mbs'. Aku rasa semacam baru keluar dari dalam gua..bila pakai menatang ni. Bila pakai jenis speed 85kbs je.. pandir betul.

Tapi internet laju ni pon, boleh sesatkan umat manusia sejagat kan..kan

Blog List