Saturday, April 30, 2011

kenduri kahwin kawan jauh..apa kata anda

Musim cuti dah tiba, walaupun sehari cuti di Malaysia ini. Cuti boleh dipanjangkan ala-ala 'strawhat luffy'. Bagi kaki anime faham apa aku cakap. Dah semestinya musim cuti ini di isi dengan program wajib 1malaysia iaitu kenduri kahwin.

Untuk majlis yang dekat-dekat tiada masalah untuk pergi, maksud aku sekitar 200 km ke bawah. Contohnya tempat aku ke Kota Bharu, baru dalam 100 km lebih. Cuma kalau satu hari tu banyak sangat acaranya, kena lah tunda satu dua pergi yang rasa nak pergi.

Setakat ini paling jauh aku pergi kenduri kawin housemate aku kat Batu Pahat, siap buat rombongan dari KL. Tapi bila umur dah meningkat, kena pikir 3-4 kali juga nak pergi kenduri jauh-jauh ni. Lain lah dulu, semua tempat selamba je pergi. Antara sebab aku kata begini, kita kena pegang pada kenyataan.

'Tak semestinya kita pergi kenduri kawan jauh-jauh, mereka belum tentu akan datang masa kita nati'
Lantak apa orang nak cakap, sebab itu realitinya. Ramai antara kawan-kawan aku berkira masa kenduri diorang, tapi bila masa orang lain batang hidup pun tak nampak.

Dan aku sendiri pernah putus kawan sebab tak dapat datang majlis dia. Bukan tak nak datang, dah tiada kenderaan takkan aku nak jalan kaki. Masa tu tengah study post graduate. Korang faham-faham lah ekonomi student, ekonomi megi...hehe

Di takdirkan tu kitorang jumpa balik di satu majlis kenduri coursemate kat Kelantan ni, dia sound terus kat aku - bila-bila tak payah datang rumah aku, sebab jauh -katanya. Aku kata ok. Lepas tu aku dah tak ambil port hal dia. Aku rasa kes putus kawan macam ni, ramai. Pada agakkan aku lah.

 ustaz kawen. suko sengih - Kg Banggol Cempedak, Serada KT

Aku akan usaha juga pergi sekiranya dia tu kawan rapat betul. Kira susah senang sekali masa study dulu. Cuti baru ni aku turun ke Kuala Terengganu semata-mata pi kenduri housemate aku merangkap roomate masa degree dulu.

Alhamdulilah ustaz, nama budak ni. Jumpa juga jodoh dengan budak kampung sebelah. Isterinya baru lepas grad UKM. Bertuah siapa dapat ustaz ini. Kerja memang rajin gila, kalau korang bagi satu kompenin pun dia boleh handle belaka. Aku nampak dia bole pergi jauh, sekarang ini dia kerja kat KSB kemaman.

K. Terengganu dari tempat aku mau-mau 3jam setengah tu standard naik wira. Speedtrap toksah cakap laa.

Friday, April 29, 2011

antara ciri-ciri blog yang buat mata aku pening


Tadi aku search blog2 lama yang aku baca dulu-dulu. Keluar lah result search kat google macam ni, aku pening kalau baca tulisan macam kena tsunami. Tak boleh tulis elok-elok ke. Paling bangang kalau dapat sms gini dalam phone, huruf o ditukar dengan kosong. Biasa orang pompuan lagu ni.

atau mungkin aku sudah tua..

Thursday, April 28, 2011

kenapa anda sakit pinggang...

aku seminggu dua ni sakit urat2 pinggang..nak tunduk pun susah. Sebabnya akat menda alah ni. Aku mengaku tak sekuat kawan aku ni.. 10 beg x 50kg - mana nak cari muntah jin sungai ni?

satu hal pula kena cari tukang urut..


baja ini kaw betul - bengkok pinggang2 aku

Tanah Merah, semua ada...

Tanah Merah, semua ada.... bab kata orang kat kampung aku.
gambar signboard lama ini kat bandar Tanah Merah - bagi aku klasik dan ada nilai seninya

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan aku datang ke bandar tepi sungai kelantan ini, kebanyakannya atas urusan niaga, pi bank utama, ambil barang dan sekadar pergi makan nasi lemak puyuh bersama kawan-kawan. Jadi bandar ini dah jadi macam bandar kedua.

Waktu aku ke sini, kebanyakan di waktu pagi. Pada waktu ini, yang ketara satu saja, kebanyakan peniaga di kalangan wanita. Dari pasar basah sehingga kedai emas kebanyakan dipelopori golongan hawa. Ada yang tua dan muda. Mungkin sudah tradisi sejak puluhan tahun perkara ini.

Kadang kala aku kekok juga, sebab ramai perempuan yang berkerja di pasar raya atau mini market sini. Orang lelaki kalau ada pun, topek tuo (cina tua) atau tokei kedai dan pekerja lelaki yang jenis angkat benda berat seperti kedai hardware.

Dari pemerhatian aku yang seberapa ini, wujud satu trend baru. Kebanyakan kedai di Tanah Merah ini khususnya di kalangan orang melayu telah terdapat golongan ke-2, iya ni generasi muda ambil alih. Jadi tidak pelik sekiranya berurusan dengan tokei kedai berumur sekitar awal 20-an dan awal 30-an.

Contohnya kedai emas kat trafik light tu, aku tengok yang jaga kedai tu budak tino muda lagi. Lawa pulak tu - aku bagi tau kawan aku, lepas dia pun asyik usha kedai emas itu. Saja bagi gempak masa bosan atas hilux.

Aku percaya kebanyakan lulusan uni, jenis ada sijil. Paling koma, sijil atau diploma. Entah-entah ada yang lulusan gempak obersea sana,

Aku tiada point apa, sekadar tadi terperasan budak kedai emas tu duk drawn duit sebelah, masa depo duit kat Agro bank.

Mesin depo agro ini satu hal, slow sungguh dan hari ini orang macam ulat kat dalam bank sini.

Adakah hari ini gaji ke ?

Saturday, April 2, 2011

adakah rezeki anda berkat

Tadi aku ada borak dengan harun kawan aku yang kerja kat KB, pasal keberkatan dalam mencari rezeki. Bila kait dengan keberkatan mesti tipikal tergambar kes rasuah sahaja di kepala otak. Tetapi bagi aku lebih luas maknanya.

Contohnya ramai kata kerja kerajaan rezeki berkat. Aku kurang setuju mana, sebabnya banyak faktor perlu diambil kira.

Contohnya kita kerja dibayar mengikut masa kerja, sekiranya ada lari atau 'mengulai' dari kerja. Adakah itu dikira berkat. Belum lagi yang buat cuti sendiri kat rumah tapi kawan tolong punch cardkan kat pejabat. Ada itu berkat.

Itu belum masuk bab claim, tuntutan sana sini. Contohnya kawan aku kata, dia jadi pengadil dulu kalau kena outstation, pergi 4 orang. Empat-empat mesti claim mileage, sedang yang sepatutnya claim drebar seorang saja. Selepas keretanya eksiden terus dia tak buat lagi macam itu.

Yang uniknya, semasa hantar ke bengkel kereta - tokei cina tu tanya ' ada makan duit tak 'elok' ke ? . Cina yang tokei bengkel boleh ambil berat benda cam ni, membuatkan kawan aku tadi terdetik. Patutlah duit selama ini tidak cukup.

Ramai orang kita tidak ambil berat perkara sebegini. Sedangkan kesannya besar dalam hidup.


- Definisi keberkatan

Banyak sebenarnya makna keberkatan dalam hidup selain dari duit gaji sahaja, antaranya yang aku sedari ialah masa luang dengan femili, duit gaji kecil tapi lebih dari cukup tampung pebelanjaan seharian, selesa dengan gaya hidup sendiri, kepala hotak lapang tak perlu pikir masalah yang tidak sepatutnya, senang ke sana ke mari, mudah minta tolong dan ramai kawan yang menyenangkan.

Friday, April 1, 2011

kenapa education level penting

Aku taktau ramai atau tidak bersetuju dengan pandangan aku ni. Education level bagi aku penting, bukan aku nak memandang rendah atau sombong. Tetapi itu hakikatnya bila berurusan dengan orang di luar sana.

Sebab itu bila ditanya apakah, persekitaran kerja paling aku selesa. Jawabnya tempat orang akademik atau researcher. Walaupun aku tak berapa berminat kerja dalam bidang tu, itu pun dulu2 dah nyaris masuk.

Ok ceritanya begini...

Aku sejak sebulan dua ni, terlibat dalam usahakan tubuh alumni sekolah. Bila berdepan dengan macam-macam orang ni, naik rimas bila kita cakap lain diorang paham lain. Sekolah kat kawasan kampung pula tu.Yang tak tahan ajk sendiri timbulkan yang masalah. Tadi masa mesyuarat asyik duk ulang benda sama. Bagi aku tiada faktor lain, level education.

Isunya di sini seperti perkara kecil dibesarkan, terlampau cerewet dan janjikan macam-macam kat orang sedang pihak kita tidak mampu... pening lah macam ni. Kalau benda ini dah lama tubuh takpa, ini baru nak mula dah janji macam-macam, yuran 20 ringgit nak bagi benda macam 40-50 ringgit.

Bila kami yang biasa urus majlis besar-besar ni cuba terang dia tak paham satu hal, nak tegakkan idea dia seorang dan asyik sebut masalah dulu dari penyelesaian. Walaupun dari segi kerja, dia bagus tapi bila sampai satu tahap jadi satu masalah lain yang pula.


Korang nampak tak education level - banyak membezakan corak berfikir dan bertindak seseorang itu. Bagi yang tinggal dan berurusan di bandar besar tiada masalah sangat tapi kalau korang duk kat kampung merasa lah benda cam ni. Boleh naik angin...

Leceh bila berurusan dengan mereka yang level educate macam ini, tambah-tambah kerja kat kampung. Sampaikan ajk yang lain pun naik rimas. Sebab itu, mansor kawan aku selalu kata ka!, education level bagi kawe penting, baik berkawan, ataupun lebih-lebih lagi nak cari pasangan hidup.
Silap-silap boleh naik gila kalau silap pilih..

Blog List