Wednesday, September 29, 2010

Petua untuk jadikan buah lada anda lebih pedas

Bagi yang suka pedas. Aku ada dengar satu petua untuk menjadi lada anda lebih pedas, tapi syaratnya anda kena ada pokok lada. Tak boleh nafi oleh asia suka makan pedas, tambah-tambah orang melayu. Itu yang ramai duk gastrik dan buasir.

Senang aje petuanya, pokok lada hang tu nati masa membaja. Ambil sahaja abu hasil pembakaran, taruk kat pokok tu. Abu hasil dari kayu api, abu hasil membakar lemang, abu tempurung kelapa janji asalkan abu. Tapi jangan taruh banyak sangat, sebab baja abu masin nati mati pokok lada tu.

Petua ini aku perolehi dari seorang tua kampung aku yang selalu tanam lada burung atau cili padi. Yang pelik ladanya pedas berbanding orang lain. Bila ditanya, rupanya abu rahsianya. Ok selamat mencuba.

Tuesday, September 28, 2010

simptom penyakit gatal kulit sebelah malam, jangkitan cacing salah satu puncanya

Sekiranya anda ada tanda-tanda macam ni,mula-mula gatal menjelang waktu petang sekitar asar atau lepas makan malam (lepas berbuka). Anda perlu ambil kira salah satu faktor ini: cacing. Aku sebelum ini dah kena siptom macam ini bila lepas asar dan kebiasaannya lepas magrib kulit menjadi gatal seolah-olah kena ulat bulu. Ada dalam artikel terdahulu aku postkan.

Bengkak sana sini, yang paling tak tahan bila dia serang atas kepala. Habis gatal sampai dalam mata, bengkak habis biji mata. Boleh kata penyakit gatal ini hanya menyerang pada waktu malam sahaja, pagi ok. Aku dah pergi klinik pakar kulit kat Pasir Mas, tak menjadi jugak. Akhir sekali, cuba pakai logik aku cari dalam internet salah satu sebabnya yang boleh menjadi gatal ialah masalah hati dan cacing.

Lagi pun persekitaran kerja aku sekarang mejurus ke arah itu, banyak terlibat dengan air dan tanah, jadi tak pelik sekiranya kena jangkitan cacing. Sebab cacing salah satu sumber makanan anak ikan.

Friday, September 24, 2010

Tradisi sambutan puasa sunat 6 hari di Kelantan: ringkas dan bertenaga

Posoo nen atau puasa sunat 6 hari di bulan syawal agak meriah di sambut di negeri serambi Mekah ini. Boleh kata tiap hari, aku dengar orang kampung menyambutnya ' mok jarah sana buat ketupat sambut raya enam, pak amat hujung kampung buat tapai raya enam hari ini', 'Abe Asan tepi surai, buat nasi kapit(himpit) hari ni'.

Oleh kerana puasa ini dibuat tidak serentak sepanjang syawal maka raya 6 pun lain-lain.  Di sini seolah-olah dijadikan tradisi, seingat aku sejak kecil lagi aku dengar orang tua-tua sambut raya 6. Kalau kat orang kl duk kalut buat rumah terbuka sepanjang syawal, orang sini pula duk sambut raya 6, ringkas tapi 'bertenaga' dari pemerhatian aku.

Majoriti golongan tua, menyambutnya raya ini, jadi boleh kata kat kelantan ada 2 kali raya selain Aidilfitri, raya ke -2 ialah raya puasa enam hari. Contohnya hari ini, duk borak dalam gtalk dengan member aku kat kl suruh pi makan nasi himpit kat rumahnya di kampung sebabnya emaknya sambut raya 6. Segan juga. Tu yang tidak pergi.

Petang tadi masa berbuka, boh aku cakap jiran sebelah rumah bagi ketupat manis sambut raya 6 hari ini. Aku dah lama ponteng puasa sunat ini, tahun ini belajar balik slow-slow. Alhamdulilah esok sambut raya enam dengan kawan aku. Bajet nak bakar lemang esok, pagi hari kena pi cari buluh.

Friday, September 17, 2010

kerajaan tak sayang nyawa rakyat: kebanyakkan line putih jalan raya negara ini 'tiada'

Musim raya baru lepas, macam biasa tiap-tiap tahun dengar eksiden sana sini. Ops sikap dah jadi rutin bila menjelang raya, macam buat ketupat lemang pulak. Banyak faktor diulas sana sini. Yang ini kata itu, yang itu kata ini. Tapi dari raya tahun lepas ke raya tahun depan ke tahun depan lagi kofem angkanya meningkat.

Cuma satu perkara aku duk perasan lama, jalan raya kat Malaysia khususnya yang tak bertol. Kebanyakannya line putih/ garis putih pudar atau boleh kata setengah tempat tu tiada langsung nak-nak jalan kawasan kampung. Ketiadaan line puteh ini, kadang-kadang aku yang penumpang pun naik keliru bila jalan malam tambah-tambah musim hujan, pemandu lagi lah.

Monday, September 6, 2010

Tutorial bagaimana nak periksa/tahu penggunaan data/ bandwith celcom broadband anda

Bagi pengguna broadband celcom, bandwith atau penggunaan data broadband penting untuk anda. Bagi mengetahui adakah anda masih lagi dalam had yang dibenarkan atau sudah terbabas terlebih had. Aku terpanggil untuk menulis benda ini sebab sebelum ini susah nak cek/periksa bandwith ni.

Dulu ada external link budak-budak forum bagi untuk cek benda ini, lepas tu celcom dah offkan benda tu untuk orang luar. Member aku sendiri terkejut bila aku bagi tahu boleh cek benda ini, walaupun dia terlebih dahulu daftar kat celcomonline tu.Nak kena rajin explore jer.

Bagi pakej biasa iaitu 68 sebulan biasanya had pakej lama ialah 5gig sebulan (kedekut benar celcom ni) dan pakej baru 3gig (lagi kedekut). Jadi agak tidak sesuai sebenarnya tema 'celcom broadband unlimited' sebabnya bila sampai had yang ditetapkan kelajuan internet anda akan disekat, aku pernah kena. Celcom blok macam takde speed langsung, internet nak buka yahoo mail pun mau 10 minit.

Dengan info ini senang anda nak kawal selera internet, kurang download atau tengok youtube. Ni tidak dah awal bulan dah kena 'blok', jawabnya speed bb anda macam kura-kura.Atau yang jenis kurang sedut data, anda boleh download laa movie sekali sekala di hujung bulan (hujung kitaran bb anda) orang kata biar berbaloi dari duk bayar bodoh bulan-bulan.

Untuk pengetahuan pengguna, bandwith ini dikira dalam kitaran bulanan iaitu sebulan atau 30 hari, setiap penguna celcom broadband mempunyai kitaran sendiri.

Contoh bagi aku, setiap 8hb bulan, ada member 24hb. Jadi bukannya setiap 1hb, anda perlu peka tarikh ini senang nak ejas guna bb nati. Sebelum anda boleh periksa atau check bandwith anda, anda perlu pergi daftar kat celcom.com.my di onlinecustomerservice. Lepas tu login kat https://onlinecustomerservice.celcom.com.my. Bagi yang susah nak daftar atau ada masalah hang call jer celcom center borak-borak dengan operator jap.


Saturday, September 4, 2010

tikam nombor : katak puru besar pun jadi

Tadi bosan-bosan aku pi kedai kawan aku untuk gunting rambut, bukan nak gunting sangat sebab aku tau dah masa kat raya ini mesti penuh kedai dia. Cuma datang ajak dia ke majlis reniuon budak-budak ni nati masa raya. Dia minta maaf sebab kena beraya kat metua raya ke-2. Itu lah bila dah berkahwin masa pun kena bagi sana sini. Bagi yang bujang tu sila nikmati masa raya anda, bebas pi sana sini.

Lepas tu, aku lepak kedai ikan kawan aku. Duk sembang-sembang kosong dari bab tokek/pok ke yang mahal berjuta-juta ke tenggiling yang sekarang hampir 200 ringgit sekilo. Sembang kampung biasa lah. Tiba-tiba tuan kedai runcit sebelah tu ada sebut - demo ada tak katak besar, ada oghe nak beli beribu sekor ?'.


Aku saja layan bodoh ' besar mana nak'?, 'Besar pinggan makan ada tak' - jawabnya sambil tuding jari ke kerusi aku duduk. 'Isk kalu besar tu susah dapat tapi kalu besar paha ada lah kat kawasan kolam kawe'- sambil aku pegang paha tunjuk. 'Owh besar dah tu bole dah' - katanya, sambil terkejut mungkin jarang-jarang dengar katak besar.

Jangan pelik memang ada katak jenis besar tapi jarang-jarang mungkin jangka hayat katak ni pendek kot. Nak besar lagi ke pergi tengok anime naruto, siap seru katak sana sini..hehe

Thursday, September 2, 2010

kenapa harga nasi dagang mahal

Korang mesti konpius sebab apa nasi dagang kalau beli mahal berbanding nasi biasa.. aku pun turut sama alami benda ini bila membeli sebungkus nasi dagang..maklumlah orang bujang dapur kat kedai.

Dalam sehari dua ni aku terlibat dengan aktiviti untuk reunion budak-budak kelas raya ini. Kiranya ajk tak rasmi, bila meeting tu semua setuju nak buat nasi dagang dan sate untuk menu utama. Jadi bila dah terlibat mendalam ni, berjumpa chef nasi dagang.

Borak pun borak baru aku tahu beras nasi dagang mahal nak mapus iaitu sekitar 5 ringgit sekilo sekali ganda harga beras biasa.Ini faktor utama dia. Itu pun harga yang didapatkan terus dari peraih tepi sempadan siam. Kalau sebelah luar kelantan aku tahu berapa sekilo. Kawan aku siap bagi tahu jenama beras ini - juling emas tak silap aku dengar. Itu tak masuk lagi harga ikan ayor/tongkol 8 ringgit sekilo.

Nasi ini pula kena kukus. Belum masuk bab nak campur beras pulut. Jadi satu hal lagi tambah kos, beli beras pulut. Paling busuk harga beras pulut sini sekitar  3.6 -4 ringgit sekilo. Pendek kata rumit juga kerja sebelum boleh dimakan.

Aku pun baru tahu orang campur beras pulut dengan beras nasi dagang baru lah nasi tu lembut. Buta sungguh selama ini, patut pun bila makan nasi dagang ada 2 versi nasi keras (jenis ori 100% beras nasi dagang) dan lembut (campuran pulut). Ini belum masuk bab versi nasi dagang kelantan dan terengganu. Ada beza dua tu.

Begitu juga ikan ayol/tongkol hitam dan tongkol putih. Ada beza juga.

Yang penting raya ini, budak-budak ini dapat merasa nasi dagang kitorang. Aku pula kena sponsor santan.

adakah kita baik/alim dengan berterawih

Dalam hidup beragama, ada parameter mengukur tahap keagamaan seseorang. Dalam islam ibadat menjadi salah satu instrumen tersebut. Bila masuk bulan puasa, solat terawih akan dilaksana sebagai salah satu ibadat sunat muakad. Ibadat sunat ini dihidupkan sepanjang Ramadhan dengan 2 versi iaitu 8 dan 20 rakaat, cuma sekarang ini trend 8 rakaat lebih popular berbanding 20 rakaat.

Perbualan seharian nak tak nak mesti ada tersebut hal terawih seperti ' semalam solat kat mana', ' demo wat berapa rakaat', ' gi tak terawih semalam', 'tok imam kampung aku cepat betul siap terawih'.

Cuma sini, aku tertarik dengan seorang kawan aku ni. Bila kitorang ajak keluar malam dia menggunakan alasan letih solat terawih.. sebenarnya agak kelakar bagi aku. Yang melucukan dia seolah-olah menyalah kitorang semua..' korang tak per lah tak terawih..aku letih berterawih semalam, balik rumah terus tido' kalau sekali tak per, dua tiga malam begitu.

Lucu pun ada, kitorang bukan tak terawih, pergi terawih tapi duk belakang, abis witir terus balik tak melalut kat masjid tu - sambung kawan aku seorang lagi

Cuma di sini, point aku  bukan nak salah dia, cuma senario seperti ini banyak diguna pakai oleh orang islam kita, kebanyakkan di sekeliling kita.  Menguna pakai alasan agama untuk menghalal/ menyelesaikan sesuatu masalah atau keadaan.

Jadi ada persoalan di sini, baik sangat atau alim kah kita sekadar pergi melaksanakan satu ibadat sunat seperti terawih. Jangan lupa Islam pun ada istrumen lain untuk mengukur tahap keagamaan umatnya iaitu sifat ikhlas. Sekiranya diperatikan balik sifat ikhlas ini lebih tinggi dari ibadat. Buat ibadat apa kalau tak ikhlas atau sekadar menunjuk atau mengikut orang ramai.

Orang pergi terawih kita pun ikut berterawih, orang bertadarus kita pun nak bertadarus, orang buat berbuka kita pun anjur majlis berbuka. Tapi kalau tidak disertakan sifat ikhlas rasanya tak lengkap ibadat tu. Rasanya perkara seperti perlu diperbetulkan. Ini salah satu pemerhatian aku terhadap budaya islam di Malaysia selama ini.

** aku rasa tak cool kalau guna alasan terawih sekadar mengelak sesuatu.

Blog List