Monday, May 31, 2010

kilat oh kilat: amaran bagi yang suka on plug pc atau off pc tapi tak cabut plug pc anda masa kilat, sila baca

petang ni aku dapat pengajaran free amat berharga, kalau nak off pc, sila cabut sekali dengan plug pc tu. sekarang musim kilat, tadi aku off pc tapi tak cabut plug, konon-konon selamat. memang ada kilat petang tadi, sedap jer dalam hati.

petang tadi hujan, lepas bangun tido, aku on pc nak buat kerja, sekali bunyi macam bertih kena bakar. meletup-letup bunyi.... arrrghhh tidak. power supply pc aku kena lagi. tak mungkin sebab pc dah off pon. lepas tu bau hangit semacam. kofem power supply dah terbakar habis. celaka punya kilat!

aku on sekali lagi tengok. kofem dah, aku takut mobo hangus jah, sebab kofem susah nak cari lain. tak pasal-pasal call budak2 ni pi cari power supply baru. aduh, dulu sekali dah kena, monitor meletup. bahaya kilat sini.

Friday, May 28, 2010

berjiran, kenapa aku tak suka konsep lapuk ni

nak tak nak dalam hidup ni kita kena berjiran. cuma aku sendiri tak suka konsep berjiran, mungkin agak janggal bagi setengah orang.

ada beberapa sebab dan konsep jiran tu aku tak berapa ngam. bila kita berjiran, automatik kita kena kongsi segalanya, tipikalnya kongsi jalan, kongsi pagar, kongsi dinding rumah bagi yang tinggal di bandar-bandar besar, kongsi anjing kalu dengan cina dan india, menyalak pagi-pagi.

namun korang sedar tak, dalam berjiran banyak benda korang terpaksa kongsi iaitu masa korang, hak peribadi korang, bunyi jiran sekali dengan ekzos kereta + binatang peliharaan diorang. kalau kat kampung korang kena kongsi batang paip air, biasanya jenis pakai air bukit.

Wednesday, May 26, 2010

design signboard: buat saja dulu, lepas tu baru pikir

sebenarnya aku naik penin nak design signboard baru ni, bukan apa hendakkan yang terbaik, itu jadi lagu ni. aku bab-bab design ni memey fail. bukannya ada asas dan bakat sangat. banyak pakai logik, budak sains lagu ni lah.

bila pikir balik, kalau lagu ni tak siap jawabnya. baru-baru ni corel buat hal, berhenti sekejap. aku pakai coreldraw sebab dia lagi senang dari adobe. satu lagi program tak banyak songeh cam ilustrator, tak kena betul-betul layer dia, tak boleh.

tambahan pula, corel senang member aku nak plot sticker nati.

aku suruh member aku design, tak menarik mana design dia. katanya kurang idea + susah sebenarnya nak susun ayat, banyak sangat data nak masuk.

kebetulan gaya tulisan dia taruh sama dengan design pencilok web hatchery aku dulu. tu yang aku tak berkenan sangat.

last pagi tadi aku duk buat, siap. terus hantar kat dia suruh buat. dia banyak juga komplen itu pudar, ini tak jelas. bagi aku itu benda minoriti saja.

aku kata: buat jah, nati aku tanggung semua. dah letih nak baiki sana sini. dan bagi aku design ni dah jelas, kalau yang tak nampak lagi memang buta orang tu.

satu aku suruh lagi dia letak jawi.

perlunya kita buat ketika itu, bukannya pikir selepas itu

tajuk ini aku suka kupas, sebabnya ramai diantara kita termasuk aku sendiri sebelum ini mesti buat perkara ini.

petang tadi aku ada sempat sembang-sembang dengan budak-budak ini lepas tengok site untuk pasang signboard baru aku. dalam duk berbual-bual tu, ada terkeluar tajuk kes mencuri dan kaitan dengan polis. masing-masing kuar pendapat sendiri, namun semua ulas benda sama, iaitu apa perlu kita buat selepas perkara itu terjadi.

dalam duk hangat-hangat tu aku mencelah: kita ni sebenarnya suka pikir perkara yang akan berlaku, bukannya perkara tengah berlaku.

contohnya kalau pencuri naik atas rumah kita, apa patut kita buat:
  • nak tembak nati dengan kita-kita pun masuk lokap,
  • nak kejar nati kena dakwa: macam kes kat pasir mas hari tu, tuan rumah kena dakwa kes kejar peragut- member aku tadi bagi tau, dengan nada tegas.

aku kata, kita tak perlu pikir dah perkara akan berlaku. sepatutnya kita pikir sepenuhnya tindakan ketika tu, kalau rasa patut tembak atau kejar, buat saja. yang lain tu belakang kira. itu tindakan yang betul.

beza laut dan darat

2 -3 hari lepas aku pi rumah member, kawasan pantai. hari mula-mula sampai letih semacam, bagi aku, udara pantai berbeza dengan darat, tubuh nak sesuai makan masa sikit. lepas makan tengah hari terus jer rebah sampai petang. malam baru rasa serasi.

lagi satu, kawasan pantai panas dia ketara, walaupun tempat ini selalu berangin. orangnya pun banyak beza, kebanyakan kulit hangus dibaham matahari khususnya nelayan.

sekarang ni musim ketam kat pantai timur, layan juga tengok nelayan naikkan makhluk berpenyepit ni dari laut. rezeki diorang lebih, bulan ni. aku suka bergaul dengan golongan pantai, diorang bercakap nampak ikhlas, tak macam orang-orang bandar/kaya.

kehidupan mereka serba ringkas: cakap ringkas, kerja ringkas, gaya ringkas, berkawan ringkas dan minum ringkas.

mungkin bulan depan, kitorang keluar pi pulau pula. round-round sana pakai bot nelayan. harap-harap jadi

Wednesday, May 19, 2010

nuklear power plant kat malaysia, apa pendapat rakyat ?

minggu lepas, aku ada layan satu program kat astro awani bicara pasal nuklear power plant kat malaysia. ada 2 orang panel, tak silap profesor ipta kita. brader yang temubual duk tanya-tanya soalan sana sini. namun kesimpulan aku boleh buat, wajarkah kita buat satu loji nuklear kat malaysia semata-mata untuk jana tenaga elektrik.

pendapat prof: masing-masing duk kata setuju, patut ada dengan hujah-hujah akedemik diorang. rasanya semua ni prof dari displin fizik. sebab aku masa tahun 2 dulu ada belajar juga bab konsep asas nuklear dari seorang prof kat sana, asas dia, macam tenaga solar.

tengok muka prof tu pun memang patut nuklear, rambut dah tinggal berapa %, ada senior-senior kata dia jadi gitu masa belajar kat us dulu ambil nuklear. dah nama prof mesti bijak.

tiada semangat

sejak awal mei ni bertimbun-timbun kerja kena setelkan sebelum akhir bulan. kerja sendiri macam ni lah, semua kita kena atur, laksana dan target siapkan dalam tempoh waktu kita agak-agak dapat buat. dalam sibuk tu, rasanya motivasi untuk buat kerja semakin lama semakin surut, macam air sungai kat kelate sekarang.

projek komuniti

selain dengan urusan hatchery biasa, aku cuba sumbangan idea dalam bangunkan sebuah projek komuniti ini, jeliloni.com. banyak masa dan tenaga dibuangkan kat sini. aku cuba belajar terima idea orang lain dan bertolak ansur dalam banyak perkara serta berkongsi pendapat dan hasil yang bakal dituai.

projek ini mula-mula tak nampak jalan sebab hanya aku seorang ketika tu full komitmen, ada juga seorang kawan ni support dari belakang. lepas 2 -3 raw idea aku tunjukkan, syukur ada sudi turut serta. setel satu hal besar.

rupa-rupanya susah sebenarnya kita nak ajak orang lain, untuk turut serta sekali dengan kita. melainkan berumpankan duit. dunia begitu lah, tak boleh salah diorang. ada duit semua jadi.

dah nak masuk, tengah tahun. aku ada satu benda lagi perlu setel dengan sorang kawan ni, tapi semakin hari semakin malas. iyalah kadang-kadang aku kena bertindak macam ni, kalau orang tu bersungguh ada komitmen dengan kita, kita pon buat cara cam dia. kalu sebaliknya kita pun tiru cara dia juga.

Saturday, May 15, 2010

masalah broadband: celcom call center, operator macam budak-budak, makin kusut ada bila call

aku dah lama tak hangin dengan celcom broadband. tiba-tiba hari ini dibuatnya line 3g tak der lepas jumaat. aku suruh member aku call celcom center bagi tahu. sebab kitorang sama-sama celcom bb.

sini semua kabel tepon kena kebas, pagi tadi kampung aku ada lagi penyamun sapu kabel.tiada harapan nak pakai stremik.


dia call center, bagi tahu coverage 3g kat jeli tiada. ok operator tu cakap, kalau tiada lagi call malam ni plak.

banyak beza 3g dengan gprs atau edge. 3g macam naik keta, edge plak macam naik motor, kalu hujan kena berhenti, lagi pon moto nak laju macam mana sangat. gprs laju skit pada jalan kaki.

aku tunggu sampai pukul 11 malam, tiada lagi 3g. call center bagi tau masalah ini. nampak sangat budak-budak yang angkat. aku cakap masalah ini, molek-molek. ok dia cakap kita kena troubleshoot dulu.

aku bagi tahu dia, aku bukan duk depan pc sebab coverage celcom sini teruk. nak call pon kena naik atas tebing sikit. dia duk berkeras suruh troubleshoot juga. aku bagi tahu masalah tadi, macam tak paham budak perempuan ni.

aku dah naik angin. aku cakap bukan tak nak troubleshot tapi line celcom depan pc tak der. kalau modem boleh juga sambung2 wayar ni hepon.

Thursday, May 13, 2010

kongsi teknik elak nombor phone anda jadi spam oleh pihak bank

salah satu spam paling banyak dan bahaya ialah dari pihak bank, sebabnya libatkan duit. sebab diorang banyak produk nak tawar kat kita, paling popular insurans. macam-macam pakej ada dengan macam-macam ragam duk tawar kat kita.

jual database pelanggan.

salah satu cara paling senang diorang dapatkan nombor phone kita dan call terus. dari mana no ini didapati, adakah kita bagi kat diorang atau bank ini beli database pengguna dari third party contohnya badan utilities lain seperti telekom atau stremik.

bagi aku, logiknya diorang dah ada database kita cuba pakai bila masa perlu. contohnya untuk produk terbitan diorang. bank pon sekarang banyak telan/gabung dengan badan lain macam insurans dan pajak gadai. semua diorang nak sapu. kalu tak gabung, diorang tubuhkan sendiri.

pengalaman sendiri

aku sekali, pernah kena. pihak insurans call, tawarkan produk. lepas tu yang nak jadi hangin aku: diorang boleh tau id streamy aku. nampak sangat streamyx jual database pelanggan. kalau tidak diorang sendiri mungkin jabatan bawahan/orang diorang jual. logiknya mana ada orang luar tau id kita.

kos bina rumah kedai di Malaysia, berapa agaknya ?

aku duk usha kos untuk bina rumah kedai kat malaysia, bukan harga yang dah siap. kiranya rumah kedai standard iaitu basic version, 2 tingkat: atas rumah/pejabat, bawah kedai.

sambil-sambil tunggu duk repair internet. ada juga googlekan benda ni, tapi....

aku duk tanya kawan yang kerja tukang rumah diorang pon tak pasti juga. cuba cek kat internet susah juga nak jumpa. mungkin kosnya tidak sama, sebab turun naik bahan seperti besi dan simen.

bukan apa senang nak bajet, kalau ada duit terus buat takpun bila kita dah sedia nak meminjam. aku lebih selasa bina sendiri senang nak ubah ikut selera apa kita niaga.

ada idea tak tentang kos ni ?

internet putus-putus belah malam, mana satu buat hal: celcom bb atau pc anda ?

aku tatau apasal internet aku sebelah malam mesti buat hal. internet ok kejap jer, lepas 2-3 minit tak dapat balik. lepas cabut cucuk balik wayar lan baru ok. dah macam tu, dah kat sebulan. lepas fomat pon tetap jadi juga.

dolo-dolo aku pernah kena, virus punya hal. zaman dail up, antivirus berhabuk tak update tika tu.

nak kata virus atau malware, sebelah pagi ok. laju seperti normal. anti virus update on time. jadi aku dapat buat kerja sebelah pagi sahaja, bila masuk petang dia dah mula mengarut. atau mungkin sebab pakai celcom bb.

ada juga cek forum-forum mat saleh, teknikal gila aku tengok. pening nak buat.

jadi aku terpaksa guna cara dolo-dolo nak surfing.

search apa2 hang nak tengok, lepas tu jangan klik kat link tu, buka pakai cache. buruk je dapat web tu, tapi laju loading. ok kalu setakat nak jengok tengok data penting.

- aku cuba pakai combofix betulkan mana yang patut. tak larat nak buat benda2 yang teknikal sangat. banyak habis masa.

Tuesday, May 11, 2010

musim panas kat kelate, peluh sampai ke lutut

sekarang ni musim panas kat kelate, peluh tak soh cakap. abes semua berpeluh, termasuk yang jarang peluh sebelum ni. tido malam ala-ala suana. musim kemarau kali agak panjang, biasa dia mengalah kat hujan tapi kali ni degil semacam. sana sini dah geger tak der air. saudara ray pon kata gitu juga

ahli ugama kata ini, mungkin bala tuhan. tapi apa salahnya, adakah kes mb nizar kat Perak kot?

saintis plak kata, el nino. bunyi ala-ala latin, mungkin masa buat kajian diorang lepak minum teh kat brazil terbuh nama kedai teh tu (andaian jer). katanya kitaran alam dalam beberapa dekad.

bagi penjual kipas - ini musim nak laku kipas atau seangkatan dengannya. member aku siap booking air cooling satu kat expo jualan murah-murah. espo banyak masuk kampung musim ni, orang noreh tengah 'segar' belaka.

bagi yang suka main api - ini time dia, nak bakar apa-apa. kofem semua jadi abu. tapi kena hari rabu baru cun, itu petua orang tua dulu-dulu. kesian kat abang-abang bomba, part time semacam je.

cuma aku tak tahan panas, tengah hari sekarang jarang-jarang boleh buat kerja. panas hingga pening kepala, banyak luang sebelah malam. ada member aku siap naik ucler berpakej-pakej kat mulut, panas punya pasal. dokte kata stress, aku panggil sumbat

tido malam pun berpeluh-peluh paha.

Tuesday, May 4, 2010

maybank2u menipu lagi: instant topup mengarut je

pagi ni tak pasal2 aku angin dengan maybank2u.

aku nak topup maxis 10 ringgit pakai m2u. kat sini ada 2 pilihan instant topup dan pin topup, aku pakai instant topup sebab pakai sebelum ni terus jer masuk kredit. senangkan.

sebenarnya aku dah lama tak topup kat m2u, klu dulu rajin menopup kat sini, dulu ada no pin saja.

yang aku bengang sangat, lepas topup pakai instant topup, kredit tak masuk-masuk lagi, apa barang kata instant topup. nampak sangat maybank ni suka main-main pelanggan diorang. aku tunggu kat sejam tak masuk-masuk, last pakai pin topup dan lepas tu hantar enquiry ko no 33628 untuk tanya status instant topup tadi.

jawapannya status pending.

dah lah cajnya cekik darah 45 sen utk satu sms. gila maybank buat duit.

ni baru sorang kena pagi ni, klu 10 orang = RM 4.5, klu 10,000 orang = RM 4,500 (kalah gaji budak master cam ni). aku suka tunjukkan angka cam ni, sebab aku pun peniaga jual barang jenis harga sen-sen, bila main kuantiti banyak-banyak baru kita nampak.

Blog List